CORETAN TERBARU NADH

Garden Cafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam semalam aku dan keluarga makan di luar. Konon nak belanja sebab gaji masuk. Ayah aku kaya sekarang. Haha bolehlah pau seratus dua.

Luar nampak indah. Masuk je nampak motor besar. Ada kolam ikan. Cantik. Memang garden. Tapi ada sesuatu yang buat aku tak berkenan. Kawasan luas menyebabkan nampak kosong je kawasan tu. Macam meja asing-asing. Kat tengah dua tiga meja je. Tapi memang open air.

Suka konsepnya. Cuma bila hujan kena pindah tempat. Tempat makan ni dekat sungai ramal kajang. Dekat sangat dengan Maahad Hamidiah. Parking pun okey. Cuma nak masuk tu susah sikit. Sebab betul-betul tepi highway. Kena u turn bagi yang bertentangan arah.

Menu tak banyak pilihan. Air ada dua gelas. Besar atau sederhana. Harga berpatutan. Makanan sedap. Kami makan siakap 3 rasa, kailan ikan masin 2 pinggan. Kerang bakar banyak. Sup tulang. Macam untuk sorang makan je. Air aku Soda Blue koktail. 

Rasa aiskrim soda. Tambah kaler biru dan letak buah koktail je. Aku pun boleh buat kat rumah. Haha tapi makanan sedap. Berpatutan dengan harga. Puas hati tu tak sangat. Tapi kenyang dan bolehlah kalau nak datang lagi. Haha

12++ sekepala tadi. Tak mahal mana. IKAN SIAKAP SEGAR sangat. Sedap. Semua sedap. Nyummi!

8 comments:

Sunah Sakura said...

tadi ke semalam?

Unknown said...

sedpp..ehhe..

K said...

miss ran tak habis2 nak buat kero lapor T.T

p/s : kene culik miss ran buat jadi tukang masak :P

senyumSOYA said...

kat sungai ramal ek? nak try p la..hehehe...

Hani Shaklee said...

dapnyer..nak sikit..

Cik Pulau said...

Perhhhh....

AI said...

- x ambik gambar ke...

azu said...

suka soda blue cocktail tuu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers