CORETAN TERBARU NADH

Maaf, aku tak sempurna

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang aku terfikir. Kita ni tak semua orang boleh terima kita. Kita pun tak boleh sesenang terima orang. Macam nak berkawan. Kita pilih jugak. Kadang yang bersosial terlebih kita mesti tak selesa. Sporting mana mak ayah diorang takkan suka anak diorang mengandung luar nikah.

Aku tak sempurna. Kau pun sama. Bila aku fikir balik ayat ni perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Aku terfikir. Aku tergolong dalam golongan mana? Sesuai ke aku dengan orang yang baik? Selalu aku sedarkan diri aku. Aku tak layak untuk mereka yang ilmunya tinggi. Nilai agamanya tinggi.

Memanglah nak membimbing kita. Tapi sampai bila dia nak bimbing? Manusia ada had sabarnya. Kalau kita ni memang jenis keras hati. Orang suruh tutup aurat kita masih tak nak dengar. Lama-lama orang yang nak ajak berubah tawar hati. 

Mungkin masa belum kahwin cakap "I tak kisah you tak nak tutup aurat. Tapi pakailah tudung. Cukuplah bagi I. Slow slow you boleh berubah," Kalau tak berubah jugak lepas jadi isteri macam mana? Cemburu dengan orang yang baik budinya. Baik amalan agamanya. Tapi masih ada kekurangan.

Aku ingin berubah cuma tak tergerak pun. Tak nampak ketara pun perubahannya. Kita tak boleh memaksa orang lain. Tapi kita boleh paksa diri kita. Kalau sendiri tak nak berubah ke arah yang lebih baik. Lalu siapakah yang wajar dipersalahkan? Ibu bapa? Kawan? Suami?

Aku jugak masih tercari-cari sinar perubahan itu. Aku harap si dia boleh terima siapa aku seadanya. Bukan cuba jadikan aku seseorang yang dia impikan. Tetapi menyokong aku ke arah yang lebih baik. Siapa yang suka dipaksa kan? Kenapa aku taip macam ni? Grrr...

6 comments:

Sunah Sakura said...

teruskan usaha untuk jadikan diri lebih baik, lepas tu serahkan segalanya pada Allah.. cari si dia yang sama2 membantu untuk menjadikan kamu lebih baik!

Cik Pulau said...

si dia???
siapakah si dia itu??? lalala~

red gitarputeh said...

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dah tak boleh pakai sekarang ni.

red cadang, pergi lebih ke arah lelaki baik mencorak perempuan yang baik. :)

K said...

usaha untuk menjadi lebih baik, lepas tu insyaAllah akan berjumpa dengan seseorang yang mampu untuk membimbing kita :)

p/s : ada ciri-ciri lelaki idaman miss ran tak? haha XD

aamalinaazman said...

niat dah ade tu kak..insyaAllah...fightoooo-ooohh! =)

fRaMe+LenSeS said...

nak jadi baik ka? jahat ka? suma dari usaha. kita nak kita kaan kearah tu.. kita buat kita dapat. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers