CORETAN TERBARU NADH

Hati ini milik siapa II

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amaran ni entry bersambung. Sila baca part sebelumnya di widget sebelah=)
Tangisan menemani Wada Nabila sepanjang malam. Dua tahun menjalin kasih. Azri Shah hilang tanpa khabar berita. Sayu hatinya. Rumah sewa Azri dia tak pernah ambil tahu. Yang Wada tahu rumah Azri di kampung. Namun takkanlah dia nak menjejakkan kaki di rumah itu. Ini bermakna dia akan jumpa bakal mak mertua.

"Azri mana awak pergi?" Wada kesal. Pergaduhan mereka sebulan lepas masih terngiang. Sebab pertelingkahan itulah Azri mendiamkan diri. Akhirnya Wada yang cuba menelefon kembali. Malangnya orang lain yang jawab.

"Awak suka ikut perasaan awak. Awak ingat saya ni tak ada perasaan ke?" Azri menaikkan suara.

"Habis saya nak buat apa? Takkan awak nak paksa-paksa? Saya tak sedia tahu tak?" Wada geram.

"Dua tahun wak. Dah lama. Mak saya nak kenal siapa awak. Tu je. Saya bukan suruh kita kahwin sekarang pun,"

"Tapi saya tak sedia nak jumpa mak awak. Tengoklah saya ni. Topi, snickers. Awak ingat mak awak boleh terima ke saya ni?" Wada membuang pandangan ke arah taman. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain. Alangkah bagus dia kembali menjadi kanak-kanak. Yang tahu bermain dengan gembira saja.

"Awak, please. Mak saya bukan orang macam tu. Lama-lama dia boleh terima. Lagipun awak tak bercadang nak pakai macam ni selama-lamanya kan?" Wada tersentak.

"Apa maksud awak?" Azri meraup wajah.

"Err tak ada apalah. Kita balik jom. Lewat dah ni," Wada merengus.

"Azri! Awak sebenarnya tak boleh terima saya kan? Awak malu dengan pemakaian saya kan? Oh selama ni awak diamkan. Sekarang bila babitkan mak awak baru mula bersuara. Saya tak sangka. Saya ingat awak lelaki lain dari yang lain. Ternyata awak pun 2x5 dengan diorang. Saya benci awak!" Wada terus berlari. Berlari meninggalkan insan yang dikatakan istimewa di hatinya. Azri masih tercegat di situ. Kisah mereka berakhir.

xxxxx

Ps: Mana sambungan ye? Aku tengah fikirkanlah ni. Korang ada idea? Apa ni? Cerita lama pun tergantung. Dah merepek cerita baru. Masih kat luar. Autopublish!

2 comments:

Unknown said...

haha..aku pon pakai can tu jugak..tapi topi tu jarang2 le..sampaikan mak pelangi pon tak caya aku ni ostad..

K said...

cepat!! tak sabar nak tahu sambungan ni.

p/s : tunjuk dari watak azri pulak :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers