CORETAN TERBARU NADH

Terperanjat gegirl!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk nak geli. Sebenarnya aku ada terima satu mesej di FB. Pasal entry ni. Tak sangka ada orang concern. Aku sebenarnya malas nak cerita detail. Sebab melibatkan maruah. Korang kalau ada makwe or pakwe mesti tertanya-tanya zaman silam dia kan?

Contoh, berapa ramai makwe atau pakwe dia ada. Selalu pergi mana. Apa hadiah yang dia bagi. Apa yang diorang buat masa couple. Diorang pegang tangan tak? Diorang ada terlanjur ke tak. Dia ada kenangan yang tak dapat dilupakan ke tak. 

Macam-macam persoalan kan? Tapi bak kata cikgu aku. Benda yang boleh mengaibkan diri baik simpan rapi. Tak payah nak hebahkan walaupun dah bersuami. Suami tak tahu pun tak apa, Sebab apa yang lepas biarlah lepas. Lagipun tu antara dia dengan Allah S.W.T.

Jadi misalnya dia terlanjur. Dia lelaki. Orang lelaki kata orang susah nak tahu dia ada teruna lagi ke tak. Jadi dia tak menghebahkan pun kat isteri dia. Biarlah rahsia. Kalau isteri dia tahu korang agak apa jadi? Dia asyik terfikirkan suaminya sudah tak teruna. Suaminya dah dirasmikan oleh orang lain. Suaminya jahat. Apa yang suaminya buat. Masa bersama adakah suami dia terbayangkan perempuan lain.

Semua ni menjerumuskan kepada keruntuhan rumah tangga. Korang nak ke? Jadi daripada merosakkan hubungan suami isteri ada baiknya rahsia itu tersimpan kemas. Kadang manusia ni ego. Tak boleh terima orang yang dah jadi bekas orang lain. Jadi perkara terbaik bertaubat dan lupakan hal itu.

Kita siapa nak hukum dia? Dia terlanjur. Dosa dia dengan tuhan. Kalaupun ada anak luar nikah. Siapa kita nak menidakkan hak anak itu lahir ke bumi. Kadang manusia sewenangnya berseronok sampai tiada rasa malu dengan Allah. 

Sekarang makin ramai remaja memenuhkan hotel, rumah kosong, motor, tasik, semak, kereta, rumah sendiri. Semata nak memuaskan nafsu. Segeralah bertaubat. Anda pasti akan menyesal satu hari kelak=(

ps: Aku emo bila masuk bab ni.

5 comments:

Unknown said...

aku salu cakap kat pelangi..kisah silam die bior le jadi pengajaran..yang aku kenal adalah pelangi yang sekarang..

ana raihana said...

tepuk dada tanye iman perlu ke nak bt semue tu..huhu

K said...

setuju dengan jiji. :)

AI said...

- betul tu...bertaubat seblm terlambat...

aamalinaazman said...

betol! past is past...x bole nk korek balik...betol2 i like !

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers