CORETAN TERBARU NADH

Aku bukan tak hormat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mesti ada menyampah dengan aku sebab panggilan. Ada apa pada panggilan? Jangan cakap macam tu. Ramai orang sangat sentap tentang hal ini. Ya aku tau ko datin, ye aku tahu ko anak orang kaya. So what? Ada aku kisah? Tu contoh. Jangan ada Datin pergi serang aku pulak.

Aku cuma nak ketengahkan isu ni sebab penggunaan aku dalam blog. Aku merujuk kepada penulis. Tak ada kaitan kasar atau apa. Aku memang selesa bahasakan aku. Dalam dunia realiti inilah aku. Tak tipu. Jadi buat apa nak hipokrit? Kecualilah ada sesetengah orang memang aku bahasakan awak saya, gue. Er ada lagi ke? Erk kakak aku pun aku panggil nama je.

Jadi tak ada masalah atau isu kurang ajar atau penggunaan bahasa kasar. Kalau tak boleh terima senang jangan baca. Takpun tegur aku. Mungkin dengan dia aku akan panggil panggilan sesuai. Tak adalah aku kejam sangat. Kalau dia ada penyakit dengar perempuan cakap aku cop gatal, cop pengkid. Aku akan bertukar intonasi dan panggilan. Ya saya. Tak kan?

Jadi penggunaan kata aku bagi aku sendiri lagi rapat. Aku selalu dengar kanak-kanak kerdil mengadu,
"Cikgu-cikgu dia kata aku," Banyak kali kot. Dan aku akan jawab tak baik cakap aku. Kasar. Erk hipokrit? Ya itu perlu dengan kanak-kanak kerdil kena ajar yang baik-baik. Sebab kang dia mengadu, "Ayah cikgu kata boleh cakap aku, tapi ayah kata tak boleh," 

Susah nak puaskan hati orang betulkan? Jadi aku puaskan hati aku dulu. Kemudian baru orang lain. Sesiapa yang tak selesa aku bahasakan diri 'aku' dengan dia. Beritahu je. Senang. Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab tahu dia lebih tua. Hormat. Tapi panggilan buat aku terbatas. Jadi semua orang aku nak bahasakan aku je. Kecuali sifu2. Sebab kompom2 diorang jauh lebih tua. Tak manis gitu. Ada bantahan?
Post by,
Miss Ran 

7 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam singgah MR..

btul2..sgt2 susah nak puaskan ati sume org..aish,wat penin aje..

kAmi dAn mEreKa said...

mungkin dorg tu sensitif sangat kot,
sampai x leh gune aku, hehe =)

shanas ishak said...

takda bantahan
jom tgk sini
http://shanasituaku.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

Connecting With My Own Soul said...

ada ke org nk persoalkan? seriously. langsung tak kasar bila guna aku. ape lah. org kalu nk cari salah, sekecik2 nye pun boleh jadi. kan?

ayuorked said...

hello.. baru follow ur blog :) do follow mine too.. hehehe.. betul2.. tpi slalunye orng kaye ni lupe akan diri kan>?? tak ske orng kaye.. ahahahahha

Anonymous said...

betul2! kalai ckp aku kau mcm mesra gilaa kan! hehe.. tapi depand on situation gak..tol x?:D

Unknown said...

blog ni dah bersalin kulit dah ek..hehhehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers