CORETAN TERBARU NADH

Manusia memilih!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku kata memilih? Cuba korang perhatikan sekeliling korang. Tak payah pergi jauh. Mak beli bawang pilih tak? Ayah beli enjin pilih tak? Kita beli kuih tepi jalan pilih tak? Kita nak makan kat kedai pilih tak kedai bersih, ramai orang, murah, selesa. Semua benda kita pilih.

Bahkan pasangan hidup pun kita memilih. Siapa kata dia tak memilih tu tipu belaka. Terima seadanya? Adakah orang sebegitu? Korang terima je walaupun dia dah dijangkiti HIV? Korang terima je apa yang berlaku kat korang sebab fikir takdir menentukan segala.

Kita hidup kena memilih. Hidup kita adalh pilihan. Sama ada jalan lurus atau belok-belok. Jalan sesat atau jalan yang benar. Tapi kenapa makin ramai yang pilih jalan salah sedangkan dia tahu azab api neraka? Kenapa dia memilih ke sana sedangkan dia tahu itu hanya sementara?

Kita jangan sesekali menyalahkan takdir. Kita yang menentukan nasib kita. Kalau kita miskin tapi tak berusaha miskinlah kita sampai tua. Tak payah buat ayat sedih kata dah nasib kahwin orang miskin. Kalau tak aku dah bahagia kat rumah agam depan sana. Takdir menemukan aku dengan dia. Nak buat macam manakan?

Hei aku tak boleh. Aku pun sedang memilih sama ada nak pilih bahagia atau derita. Sakit atau sihat. Senang atau susah. Benar atau tidak. Yang penting jalan Islam dan tunjukkan sama ada kita mahu pergi ke timur atau barat. Sekian.

 Post by,
Miss Ran 


1 comment:

Sunah Sakura said...

i memilih untuk makan sekarang...lapar...hahahaha~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers