CORETAN TERBARU NADH

Rupanya aku lagi beruntung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entahlah. Sayu baca cerita sedih orang. Ingat akulah yang paling kesian. Tapi ramai lagi kasihan. Kalau aku anak buah, inikan pula maknya. Aku teringat kisah kakak aku. Dia tengok drama di tv. Tiba-tiba menangis teresak-esak. Keluarga yang lain peliklah. Beria dia nangis. Memang cerita tu sedih tapi taklah sampai nak menangis mati laki.

Jadi yang lain ketawa melihat kesungguhan dia menangis. Setelah reda barulah makku bertanya.

"Kenapa beriya sangat nangis ni? Cerita aje!" Sambil ketawa kecil.

"Orang pun ada anak mati, jadi sedihlah." Merujuk kepada anak buah aku yang dua tahun pergi dari dunia selama-lamanya. Jadi mak aku dan yang lain terdiam.

Sungguh besar naluri seorang ibu. Hebat tak hebat dia tak tunjuk kesedihannya. Sebab sekarang dia ada anak nak dekat dua tahun dah. Ni nak masuk seorang lagi dalam kandungan. Walaupun anak lain ada sebagai pengganti tapi yang meninggal tetap diingati.

Agaknya macam mana aku nanti? Takut akan kehilang sesungguhnya kematian sangat memeritkan=(
 Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers