ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dari kecil sampai besar memang tak reti tulis. Cantik maksud aku. Kalau cakar ayam dengan tulisan aku kalah ayam. Aku juara. Entahlah. Dah kena mengajar kanak-kanak ni buat aku terfikir salah cikgu yang ajar aku ke salah aku yang tak belajar.
Dulu mana ada bellajar prasekolah ni. Aku masuk tadika kat maktab Islam Bangi, Selangor tu. Yang aku ingat aku pergi main pantai, main air sungai, mandi dalam kolam. Ada pakaian beragam sempena hari raya. Ada taman permainan. Ada buat persembahan 10 budak hitam, bunga kat kepala besar-besar.
Tapi yang peliknya, aku tak ingat cikgu aku ajar menulis. Aku ingat cikgu tadika selalu bawa aku dengan adik pergi rumah dia. Mak aku sangat busy. Lecturer pada masa itu. Jadi kitorang balik rumah dia sementara mak aku kerja. Jadi aku tak nak salahkan cikgu aku yang baik tu.
Aku nak belajar menulis balik. Ada sesiapa nak ajar? Serius buku rekod macam taik! Aku pun seram kalau komen mengkondem tulisan. Memang akus edar. Awal-awal okey sikit. Lama-lama dah tak faham. Lagi kalau tak ada mood nak tulis kalah tulisan doktor tu.
Kesimpulan, belajarlah dari kecil menulis dengan betul. Tu gunanya ada garisan putus-putus. Melatih motor halus kita membentuk huruf. Sekian dari aku. Merepek!
Post by,
Miss Ran
1 comment:
nak belajar menulis dengan lajuuuuuuuuuuu
Post a Comment