CORETAN TERBARU NADH

Sedih baca berita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku terbaca kisah bayi jantungnya di luar. Semoga Allah panjangkan umurNya. Sebab sedih bila terpaksa menerima hakikat sebuah kematian. Aku pernah merasainya. Perit! Bayi masih kecil perlu merasai sakit itu. Kalau aku pasti akanku tukar tempat supaya aku yang merasai sakitnya.

Arwah anak buah pun sakit begini. Hanya sebulan lebih dia bertahan. Perutnya juga terkeluar persis seperti kanak-kanak yang di laporkan akhbar. Tapi umurnya tak panjang. Lepas pembedahan masukkan semula organ perutnya, arwah gagal menerima organ dalam badan. Arwah menghembuskan nafas terakhir tatkala belum sempat aku menatap wajahnya. 

Ammar, nantikan Cik De di sana. Rindu bertandang lagi. Sedih mula terasa. Aku pergi dulu. Ingin mencari ketenangan sementara.
 Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Cik Pulau said...

sabar ye miss Ran..
mungkin Allah lebih sayangkan dia..
kuatkan semangat yer..^^,

Sunah Sakura said...

moga dia tenang di sana..ameen...jangan sedih2 ye iffah, untungnye dia tak de dosa...:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers