CORETAN TERBARU NADH

Teguh dengan pendapat anda!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku tulis macam ni? Sebab aku teringat kat video inianwarhadi. Ya dialah orangnya. Kenapa orang tak suka dia? Orang suka matlutfi? Dua-dua aku suka. Dua-dua banyak idea, kreatif, penyampaian berbeza tapi boleh membuatkan kita berfikir. Tak macam satu beberapa video tu kan? Usah aku kutuk dia. Biarkan. Dosa aku jugak tanggung.

Kenapa bila kita ada pendapat kita akan tegakkan? Sebab kita yakinkan pendapat kita betul? Jadi buat apa kita nak bertelagah sesama sendiri sebab perbezaan pendapat? Kenapa? Anwar Hadi dah beritahu dalam vlog dia. Pergi terjah inianwarhadi kat youtube!

Manusia memang banyak tak sama pendapat. Bosanlah asyik setuju je kan? Mesti ada pro dan kontra. Jadi kita teguh dengan pendapat kita tanpa perlu jatuhkan orang lain. Tu da memadai. Tapi janganlah kita pergi maki-maki dia. Kata dia salah. Kita betul. Buat apa?

Sudahnya sendiri entah ke mana. Jangan juga kita iyakan pendapat dia sebab malas layan karenah dia. Kita teguh dengan pendirian tapi dalam masa sama berbincang dengan dia kenapa dia pilih ni. Kenapa kita pilih tu. Perbezaan membuatkan kita unik. Percayalah. Setiap individu ada keistimewaan. Jangan kita rasa rendah diri sebab kita tak bagus. Pendapat kita tak boleh pakai.

Pendapat hanyalah pendapat. Kalau suka anwar ibrahim silakan. Kalau nak sokong Umno pun silakan. Siapa marah? Jangan sebab ni timbul fitnah. Memporak perandakan masyarakat, sanak saudara, laki bini, kawan-kawan dan lain-lain. Kita teguh dengan pendapat tanpa jatuhkan orang lain. Okey?

 Post by,
Miss Ran 

3 comments:

shahjiehan said...

huh...kerana politik, hbis semua berpecah....

jom baca dan komen 10 Fakta menarik. (Part 3)

Anonymous said...

perbezaan pendapat perlu diraikan. Namun dlm perkara2 tertentu, tidak dapat tidak memang kene bergaduh, fight for right. Org lain gaduh2, org lain yg kene tempiasnya...

aCapke blogku

Solihin Zubir said...

bak kata anwar hadi, soal citarasa manusia yg empunya.. masing2 ada pilihan sendiri... :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers