CORETAN TERBARU NADH

Ragam manusia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Manusia ni memang. Banyak ragamnya. Tak payah tengok jauh-jauh. Dalam rumah sendiri pun banyak ragamnya. Kadang aku pening memikirkan ragam yang ada.

Bila manusia yang bergelar anak murid pelbagai ragam maka guru pelatih macam aku ni memanglah pening. Yalah, kalau cikgu dah berpuluh tahun mengajar tapi tak mampu kawal mereka. Apatah lagi cikgu kecik macam aku ni?

Macam-macam perangai aku tengok budak pra ni. Aku belum start mengajar lagi. Kadang aku rasa kali ni lagi mencabar. Bebudak tak dengar kata. Asyik menengok orang lain. Dah tu suka berangan. Ada yang jogging pun tak reti buat. 

Konon nak buat aerobik. Ala yang lain sukalah tengok kanak-kanak cilik macam ni buat persembahan. Tapi yang nak mengajarnya cikgu. Pening aku tengok cikgu tu. Penat ajar. Susah nak ikut. Kanak-kanaklah katakan.

Jadi kesabaran itu penting. Belum kira yang manja, yang menangis, yang kencing dalam seluar, yang degil, yang suka tidur, yang malas, yang agak lambat buat kerja, yang memang tak nak dengar kata. Jangan cakap bebudak. Orang tua bangka pun kadang lagi pelik ragamnya.

Yang penting cara kita nak tangani masalah ni. Tu je=) Rindu nak berblog. 

7 comments:

FasiHaH SupiaN said...

tak apa utamakan yg utama...


karenah budak2 tu mesti macam2 kan...

aimie amalina said...

heee..bdk2 an... semoga hadapi dgn gumbire ye =.<

Sunah Sakura said...

i rindu...~

Atiqah Sa'ahiry said...

pelbagai karenah dan ragam budak2..

sergeant keroro said...

rinduuuuuu, rindu serinduuu-rinduuunyaaaa

hehe, manusia memang banyak kerenah.

rambut sama hitam, hati lain-lain.

dayah aziz said...

ragam bermacam ragam...smpai fening nak pk ragam org..

cik pulau said...

memang banyak ragam..
jadi cikgu ni kna sabar n kena kreatif..^^,

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers