CORETAN TERBARU NADH

Panas panas panas

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dah agak lama aku tak post pasal kahwin. Sejak bebudak lain sibuk buat spekulasi yang aku kena kahwin. Haha sentap okey. Tapi sebab sahabat mayaliti aku, Sunah Sakura diganggu cik Anon. Aku sedikit sebanyak sentap jugak baca. Korang kena baca entry yang ini dulu. Dari situ korang akan dapat baca komen si anon. Kalau malas sangat baca ayat bawah ni.

kalu banyak sgt benda nk pk baik x payah kawin. dunia skang ni bg jer kawin lg senang. dari nak bg anak luar nikah bersepah cam tahi kt tepi jalan tu baik bg jer dierg nikah. kenapa ramai org suka buang anak luar nikah dierg. sbb x cukup budget, nk seronok, tak cukup pengetahuan agama, cukup tapi masih ikut kata syaitan sbb ada golongan yng bangang xmau bagi nikahkan awal2. kalu betul nawaitu kita, insyallah allah akan permudahkan rezki kita. jgn laa byk sgt pk negatif itu ini. itu semua benda bodoh belaka. manusia time kecil xda org pon yg ajar dia meniarap, merangkak berjalan. so pk pk kan laa apa yg kau pos tu jer. jgn sempit sgt pemikiran.

Erm korang rasa?

Aku sokong Sunah. Sebab pendapat kami sama. Aku dah banyak kali post pasal nikah kahwin ni. Jadi malas nak komen banyak. Yang aku nak cakap kahwin tu tanggungjawab. Ni soal terikatnya dua hati untuk menjadikan sebuah keluarga baru. Kalau hati tak sedia boleh ke paksa-paksa?

Selalu orang akan cakap, rezeki akan datang lepas kahwin. Tapi kalau sebelum kahwin dia masih tak ada kerja tetap. Masih dengan dunia enjoy. Korang nak ke kahwin? Ingat kahwin perkara senang ke? Kalaupun nak kahwin kita kena dapatkan restu dulu.

Bila hati tak sedia, iman tak kukuh boleh ke kau jamin keluarga kau bahagia? Kau persoalkan pasal anak luar nikah. Tapi kau tak cakap pasal maksiat lepas kahwin. Yang bini orang bersedudukan dengan laki orang lain? Tu apa? Tu dah kahwin dah tu. Konon nak elak maksiat. Tapi ada jugak jalan lain nak buat maksiat.

Semuanya tentang hati dan iman. Kalau kau rasa kau belum boleh pikul tanggungjawab janganlah menggatal nak kata kahwin tu salah satu cara nak elak maksiat. Kalau kau rasa nak berzina je kahwin? Jadi berapa ramai perempuan kena kahwin ni? 5? 10? Kita yang ikutkan nafsu sebenarnya.

Kalau tak kahwin sekarang tak bermakna kita berniat nak buat maksiat. Pandailah jaga diri. Jangan salahkan takdir bila semua jadi. Jadi kahwin awal ke lambat itu terpulang kepada individu. Kalau rasa dah sedia, mampu untuk jaga anak orang. Silakan. Tak ada salahnya. Ini hidup merempat harapkan duit isteri. Tunggu rezeki Allah beri. Memang tak payahlah berangan nak kahwin.

ps: Aku geram sungguh ni! Kahwin nak, tanggungjawab tak nak fikir. Sendiri mahu ingatlah beb!

12 comments:

Qaseh Dalia said...

ingat kawen ni sng ke ..tggungjawab byk gila, dengan kawen kita dpt pahala tapi jgn lupa dengan kawen jugak boleh menempah neraka kalau xuat tggungjawab dgn baik..

Elly Jade said...

memang panas!!!!
seriusly, kahwin bukan hanya sbb nk jaga diri dr zina..


rupanya ni la entry kolaborasi eks.hehe

Naniey TJ said...

salah satu sbb b'kahwin adalh utk m'gelakkan maksiat.... kalau dah rasa tak blh nk tahan nafsu, kahwin je la.... tp mslh skrg org kte kahwin nk bt knduri bsr2 tp bajet xde.... mmg btl p'kahwinan itu d susuli ngn tanggungjwb yg bsr tp sbgi manusia yg ad akl n fikirn kte blh b'fkr utk m'lksanaknnya..... aku rse mmg ptt kot kawin klu rse dh x thn dgn godaan.... psl tnggungjwb tu pndi2 la korg...klu dh gatal sgt....hikhikhik..... lbh baik b'khwin drp m'lakukn mksiat yg bkn2 walaupun bnda tu d rasakn kecil tp dosa ttp dosa...kn??? jst my opinion

Unknown said...

kahwin memang best, nikah lagilah sebelum tu ada yg tunang dulu ada yg terus sahaja nikah tapi tangungjawab selepas akad tu algi besar..

K said...

hehe, dah baca tadi.

p/s :tak patut, ish2

aamalinaazman said...

hot22!!super hot..
hehehe
yesss!
i loikeee dis..
kalo dah mampu sile la..kalo x...sile berangan je dulu...hehehe..
ayoo~ anon2..x abih2..

Unknown said...

kawen bkn perkare mudah... kalau kawen kerana napsu semate2 bkn niat kerana Allah ssh gak.. last2 bercerai berai same lah...

menda ni terpulang kat individu masing2 kan... kalau xpndai jg dr terpesong la jwbnye... ye dak

toksah layan lah anon2 ni huhu

Fasihah Supian said...

nikah kawin bukan perkara main2....

Cik Sara said...

Panas..panas..hehehe...

Betul tu Miss Ran.. Nak kahwin kena fikir tanggungjawab dulu.. Perkahwinan tanpa tanggungjawab, apa makna semua itu??? Adoyai.. Cik anon ni pun, bagilah nama betul sket..

fRaMe+LenSeS said...

x kawen lagi. tak reti nak komen. lalalalalala~~

Cik Pulau said...

nak kawen tapi belum layak.
hahaha...
padahal takde calon..
lalala~

tamlegend said...

aku ta sokong mana2 pihak...anon pun ada betulnya jugak...just bahasa dia kasar sikit je...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers