CORETAN TERBARU NADH

Singgah cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Singgahlah wahai cinta. Ops bukan aku. Orang lain cakap. Ada orang cakap blog aku asyik post pasal cinta je. Keyword pun penuh cintan mintan. Salah aku ke? Tengok header tu. Apa nama blog ni? Pandai semua.

Bila berkata tentang cinta laju je jari nak menaip. Tak tahulah kenapa. Jari ni sekata dengan otak dan jiwa. Jadi sesiapa rasa tak suka klik je pangkah. Aku tak marah pun. Huhu dah hak kan. Oh ya pasal singgah cinta. Kita selalu tak perasan yang sebenarnya hati dah berbunga-bunga terima cinta.

Tapi kena selalu ego untuk mengatakan cinta telah menyinggah kat hati kecil kita. Mungkin kita fobia. Fobia jatuh cinta lagi. Tapi ingat kawan-kawan cinta tu anugerah. Kalau betul kau cinta apa salahnya. Allah pun suka kalau hambaNya ada rasa cinta.

Jangan ada benci pulak. Tapi terpulang bagaimana nak jaga cinta yang singgah tu. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Atau menidakkan rasa yang kian melekat di sanubari. Kadang cinta ni singgah kejap je. Lepas tu dia hilang. Nak kata cinta mainan jiwa pun boleh.

Jadi seperti selalu nasihat aku pada korang. Hargailah cinta semasa ia masih ada. Takut pulak cinta tu pergi meninggalkan kita buat selamanya. Cinta itu universal. Bukan cinta kepada pakwe je. Cinta banyak cabang. Cintailah pencipta kita. Cintailah Nabi junjungan kita. Cintailah keluarga kita. Cintailah sahabat kita. Cintailah saudara-saudara kita yang Islam mahupun bukan Islam.

ps: Bercinta-cinta juga tapi ingat dirimu jangan sampai terlupa=) Cuba teka lagu siapa?

11 comments:

Unknown said...

cinta..pelbagai maksud, semua orang berbeza pandangan..bila cinta ku untuk membawa ke tanah suci mekah dan madinah serta ke syurga nak datang...semoga dipermudahkan urusaan kawan-kawan..

K said...

cinta lah kepada yang Maha Esa =)

p/s : cepat sambung, hehe

AnakPakZohar said...

cintailah yang Maha Mencintai.. ^^

fRaMe+LenSeS said...

wahhhhh.. Chenta lagi jiran. Hehehe

D'China Store said...

lirik lagu senario ker?

aamalinaazman said...

cinta..cinta..cinta..
weeee..
saya cintakan cucu2 sayaaa =)

Sunah Sakura said...

nak kena teka lagu ke ni?

Hafizin Jamil said...

tak datang lagi cinta ni..ehehe

Faaein Talip Roy said...

cinta kepada Allah dan rasul dan seterusnya kepada emak dan ayah.. =)

p/s: yelah.. siapa lagi kan ostat paling pemes skang... hahaha..

Unknown said...

cinta manusia hape hada kalo tak mnguatkan cinta pada allah

Elly Jade said...

cinta...memang org dilamun cinta
otak dan hati sekata bekerja
mulut bicara yang indah2 sahaja
namun ingat janganlah alpa

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers