CORETAN TERBARU NADH

Akademi Fantasia layan?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama dah aku tak tengok AF. Kurun ke lima belas kot. Tapi apa yang aku nampak AF banyak ketengahkan lagu lama. Medium untuk popularkan lagu yang jarang dengar. Contoh, lagu Ella Kesal. Dulu aku mana layan. Tetiba tang Heliza nyanyi dengan semangat aku pun terdetik. Siapa penyanyi asal?

Korang perasan tak? Tapi sekarang tak minat layan muzik. Tak tahu kenapa. Minat layan muzik bila duduk dalam kereta. Kalau berblog pun tak pasang lagu kat laptop cabuk ni. Entah. Tapi dengar kata AF sekarang makin meletup.

Kan ada Aznil. Weh salute sama Aznil. Dia memang menceriakan suasana. Kalau part sedih masa die nak berhenti, memang sentap mak. Sedih kot. Kehilangannya membuatkan aku tawar hati dengan AF. Tapi sekarang masih tak berminat. Dengar cerita ada sesi photoshoot. Kalau terbaik makan malam di hotel, siap dating dengan Remy pujaan hatiku. Gila siap kalungkan rantai. Romatis tapi sesuai untuk dah kahwin je eh.

Aku terfikir mana pihak AF dapat duit banyak-banyak? Siap ada tarian terbaiklah. Macam-macam ganjaran. Popular sekejap je. Tapikan korang nampak tak peserta AF yang lain? Jadi suri rumah? Deejay? Pelakon? Er berapa kerat yang menyanyi. 

Sekarang ada ramai Qari. Ala-ala Mawi gitu. Kenapa tak teruskan tujuan asal tu? Hurmmm manusia memilih!
 Post by,
Miss Ran 

2 comments:

cik pulau said...

tak pernah layan AF.. sebab kat rumah takde astro.. hehehe..

Solihin Zubir said...

tak pernah tgok AF sejak mula lg.. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers