CORETAN TERBARU NADH

Apa itu kerjasama?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Berkali-kali aku cakap kat diri sendiri. Positifkan diri. Tapi aku lemah. Semangat aku luntur. Salah kau tapi aku kena. Siapa yang perlu minta maaf? Siapa yang bertanggungjawab? Aku redha. Salah sama-sama. Kita kan satu kumpulan. 

Kerjasama? Apa makna kerjasama? Aku buatkan untuk kau. Kau kan banyak kerja. What the fun? Takkan aku kena jadi balaci? Sekali dua boleh tolong tapi selalu? Naik lemak kau ye. Mentang aku rajin tolong, kau beriya menyusahkan aku. Apa hukum menyusahkan orang?

Sedih, sentap, sakit hati aku ni. Salah kau aku kena tempiasnya. Nak aje aku jerit kat kau yang kau patut bertangungjawab. Itu kerja kau. Kita sama-sama buat kerja. Kau banyak kerja begitu jua aku. Tapi kenapa aku kena selesaikan kerja kau?

Seriously, mood down. Tak ada semangat. Salah kau aku akan simpan sampai mati. Dan aku minta maaf sebab next semester aku tak nak buat kerja dengan kau. Kau betul-betul membuatkan aku tercalit lumpur sedangkan bukan aku yang lalu di lumpur itu. Sekian!
Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers