CORETAN TERBARU NADH

Bahasa jiwaku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jiwang ayat atas? Aku sebenarnya tak tahu nak taip apa dah ni. Semalam update macam tak ada hari esok. Hehe sambung cerita. Dulu aku paling tak suka bahasa. Bagi aku bahasa tu leceh. Tapi sekarang menaip pun kena guna bahasa yang betul kan?

Takkan nak taip macam ni. Kitew tak skew arh tengok dyer ngan pompuan tu. Annoying la weh! Aku serius rasa perosak bahasa. Aklu sedaya upaya tak nak rosakkan bahasa ibunda kita ni. Tengok punyalah formal aku cuba. Tapi kang pembaca bosan. Skemalah ayat dia. Aku tak nak hilang pembaca tapi aku tak nak hilang bahasa.

Cukuplah adat kita makin menipis. Cukuplah MELAYU kita turut menipis. Kalau semua nipis apa yang tinggal? Umpama berbogel. Biarlah orang pertikaikan bahasa kita. Jangan kita sendiri yang menjatuhkan bahasa kita. Tak begitu wahai sahabat?
 Post by,
Miss Ran 

2 comments:

AdyBudika said...

be urself..errr :)

aliarosli said...

yeahhhhhhhhhhhhhh,bahasa jiwa bangsa

tunggu entri malam baru ade

huhhuhuhu,petang tadi takde yang update

bosannnnnnnnnnnnnnnn

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers