CORETAN TERBARU NADH

Lelaki ke perempuan pandai masak?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku bab memasak laju je buat entry. Aku kurang bersetuju dengan satu entry ni. Mengatakan lelaki lagi pandai masak. Yelah mat gebu ofcourse pandai masak. Tak tipu punya. Ady pun apa kurangnya. Apapun korang terjah link ni dulu. Ini wanita yang kata lelaki lagi terer masak. Patut sokong perempuan lah kan?

Kenapa aku cakap perempuan pandai masak dari lelaki?

1. Masakan siapa yang kita selalu rindui kalau bukan mak kita? Cakap sikit. Hah baru satu perkara. Semua lelaki menggangguk kan. Even masakan mak tak sedap mana tetap rindu masakan mak. Tapi masakan mak ai Puan Latifah memang mantop. Tu ramai selalu datang nak makan..errrk larik!

2. Siapa masak kat rumah? Majoriti perempuan kan? Jarang dengar mak tak masak. Konon tanggungjawab isteri. Rasullullah pun membantu isterinya di rumah. Siapa kata kerja perempuan di dapur je? Ramai wanita bekerjaya tetap masak di rumah. Termasuklah mak den. Walaupun jarang kan bu? Haha ibu mithali hari-hari beli=P

3. Makanan kat hotel bukan sedap mana. Harap hiasan gah. Serius aku cakap. Tak kena dengan selera tekak ni. Kedai pun ada je orang perempuan yang jadi chef. Memang jarang tapi ada jugak kan? Kira seimbanglah tu.

4. Chef yang masak kat hotel pun layan masakan bini dia bila balik rumah. Betul ke tak chef? Haha sebab isteri punya masakan pengikat kasih. Bukan zuriat je tau. Air tangan bini itu penting selepas mak.

5. Ramai perempuan berbakat tapi akan teruskan bakat di rumah je. Sebab apa? Sebab jadi chef perlukan pengorbanan masa, tenaga, keluarga. Sebab tu ramai batalkan niat nak jadi chef. Termasuk aku. Aku dulu kan belajar bab ni. Lagipun pihak hotel tak mahu pekerja perempuan sebab banyak ambil cuti. Rugi. Dah lakinya asyik buat anak je. Macam mana?

6. Minoriti lelaki rajin memasak. Tengok blogger masakan. Majoriti perempuan kan? Adalah seorang dua yang update pasal memasak. Tengok chef-chef di kaca TV ada je chef wanita kan? Korang jangan tipu.

Kesimpulan, aku tetap sokong kaum aku. Perempuan memang pandai masak cuma mereka banyak tanggungjawab lain. Lelaki pun apa kurangnya. Jadi dua-dua pandai masak. Cuma tempat memasak je berbeza=P
Post by,
Miss Ran 

8 comments:

NadiRah said...

pompuan masak untuk anak2... =)

gadis kepastian said...

sokong kamooo

Sunah Sakura said...

tak kisahlah..yang penting sume kena masak untuk makan...jom makan~ hahahah~

senyumSOYA said...

mak ngn abah dua2 slalu masak tuk ktorg..abah keja pagi...mak kerja petang.. jadi tengahhari mak masak..malam ayah plak.. dua2 suka! 9^^~

Maira Quee said...

ikutnya..masak bkan tanggungjawab isteri...

kAmi dAn mEreKa said...

kadang2 kite lagi suke kalau ayah kite yg masak~~
hehe =)

aDisH.sHidA said...

MASAK DENGAN HATI YANG IKHLAS BARU AKAN SEDAP

Anonymous said...

suka masak menu2 sama je. malas nak cuba menu baru. huhu

Alahai Pondan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers