CORETAN TERBARU NADH

Lemah jantung bila tengok

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lemah jantung ke kak baca tajuk entry ni? Tak adalah. Tak ada unsur kejutan di sini. Jangan risau okey. Sebenarnya aku nak share pasal jantung aku ni. Selalu je lemah bila berdepan situasi tertentu.

Situasi pertama:
Melihat motor berdesup laju. Gila terkejut. Tak kuasa aku nak maki. (Padahal dah pun) Taklah aku kata ni je.
"Hai tak sayang nyawa betul"

Situasi kedua:
Melihat ayah marah anak. Serius takut. Dulu ayah aku garang. Sekarang je boleh bergurau senda panggil pokcik jelly, pasal dia sangat minta jeli kelapa kat anak dia ni=P. Mati aku kalau ada orang repot kat ayah=P

Situasi ketiga:
Bila aku tengok cerita seram. Gila. Aku penakut sebenarnya. Bila ajak tengok cerita hantu akulah orang yang tak nak tengok. Haha khurafat pun aku tengok tutup mata=P. Kak Limah pun hahaha. Malu betul nak mengaku.

Situasi keempat:
Tengok pemandangan dari atas. Serius gayat. Kalau korang pernah pergi sunway lagoon korang akan faham perasaan aku naik jambatan tergantung. Tak sampai suku. Aku patah balik. Naik roller coaster kat genting pun cuak tapi tabahkan hati. Bak kata seorang pakcik depan kitorang. "Buat apa jerit nak? Ucap Ya, Allah sudah" Sentap kami=P

Situasi kelima:
Tengok orang yang mempersendakan konsep aurat. Ingat aurat ni main-main ke? Pakai tudung semua, lengan pendek or 3suku. Pantang aku tengok. Sekarang trend legging dengan seluar kembang 3 suku bertudung! Wanita mengandung pulak. Suami tak kisah eh kak? Nak je aku sound. Tapi aku pun tak cukup syarat. Tak adalah aku nak tunjuk pandai.

Situasi keenam:
Bila orang datang, kena layan. Malas! Memanglah tetamu bawa rezeki. Kalau asyik datang nak makan, lemaklah. Pengsan! Kemas rumah lagi, masak, buat air, layan diorang, senyum. Lepas tu tanya si kakak bila lagi? Hei macamlah aku tua sangat!

Cukuplah tu. Kang lemah jantung korang tengok entry selebet ni. Hehe

Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Sunah Mohammad said...

kak limah pun? ahahahhaha~

shahjiehan said...

hmm suke moto laju2... hahahaha...

tapi bab aurat mmg x leh nk tahan!! grr

~...AmALinA....~ said...

hahhahaah kelakar la miss ran nih.. ina pon takot gak..tp antu kak limah tu takot gak ke??kwang3 kira ina brani sikit la pada miss ran..=p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers