CORETAN TERBARU NADH

Sebelum tengok DALAM BOTOL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha akhirnya aku memenuhkan panggung di Melaka dengan menonton DALAM BOTOL. Ni gara-gara Ady Budika. Aku terpengaruh. Orang lagi tak kata tak best lagi aku nak pergi. Buang tebiat. Haha aku tak salahkan Ady pun. Oh ya kirimkan salam Assalamualaikum kat mamat jadi nyah. Kata kat dia part dia jadi wanita tu je nampak real. Part jadi lelaki tu erkk. Malas komen. Kang kena saman.

Review? Haha aku dari tadi gelak je dalam panggung. Cerita tu dah start masa kitorang masuk. Jadi tak tahu memula start macam mana. Haha kelakar gila! Aku nak bergegas masuklah ni. Tup-tup abang jaga tiket tu tahan. Dia kata dah lepas 18 belum. Aku dengan yakin kata dahlah!

Dia minta bukti. Aku hairan. Muka da cukup matang dengan jerawat ni tak percaya? Hei ai da boleh mengundi tau. Aku keluarkan kad pengenalan dengan member aku. Dia pun kata yang ni je. Yang kawan aku tak payah. Amboi diskriminasi nampak. Tahulah aku rendang. Sekeh nak? Aku tayanglah IC. Nampak 89 tu? Geram plus malu. Kami dahla dah lambat. Sakit betul hati.

Kami berlari masuk ke dalam panggung. Fuh cerita dah start! Mencik! Ni malas cari parking ni!
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers