CORETAN TERBARU NADH

Air mata mahal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih PAKCIK sebab dia aku dapat idea. Wakaka

Apa yang mahal ni? Mahal sangat ke sebutir air mata yang mengalir? Korang rasa air mata siapa? Lelaki? Yup aku kata lelaki. Korang? Eh bukan nak menangkan yang lelaki tapi dah memang itu hakikatnya. Air mata lelaki adalah lebih mahal dari perempuan.

Ya sebab apa mahal? Sebab mereka jarang menitiskan air mata. Ketahuilah wanita kalau lelaki tu menangis maknanya dia benar-benar sayangkan sesuatu. Tak kisahlah mak ke ayah ke sesiapa je. Ada je lelaki hati tisu. Tu lain pula. Yang aku cakap lelaki yang majoritinya macam tu.

Lelaki yang egonya tinggi. Tak nak nampak lemah di mata perempuan. Jadi kalau lelaki menangis dia takkan menangis depan kita. Kau tak payah sibuk tanya dia nangis ke apa. Sebab dia dah cukup malu sebab tak mampu kawal perasaan.

Aku pernah lalui saat itu. Takkan aku biarkan lelaki menangis disebabkan aku. Aku rasa tak macho kalau menangis. Jarang menangis kerana takut dicop lembik. Jarang menangis kerana teguhnya ego dan jarang menangis kerana nak menunjukkan dia adalah seorang yang kuat.

Jadi wahai lelaki, janganlah menangis tanpa sebab. Pelik. Air mata kamu begitu mahal. Tak tipu. Aku kagum orang yang menitiskan air mata demi orang yang dia sayangi. Serius cair.  Oh aku agak kagum sebab pelakon lelaki mudah benar menitiskan air mata mahal mereka. Macam mana diorang buat ye? Adakah tak macho lelaki menangis? Korang sendiri jawab=P

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

wahhh.. air mata mahai. :P

Elly Jade said...

susah nak beli air mata ni.hehe
akak rasa,dgn air mata lelaki tu adalah tahap paling tggi dia sayangkan seseorang.hehe

K said...

ehem ehem

p/s : air mata anak murid paling mahal

aamalinaazman said...

pelakon ye..
emm..mungkin deme kupas bawang bebanyak dulu kot..hehehehe=p

Syuhada said...

Air mata sy mahal time tgk drama sedih..control gitu..aww.

Unknown said...

air mata laki kan besenye utuk benda tertentu je..tak buang merata..ehehe

Cik Pulau said...

rasanya pernah tengok laki menangis..
sape agaknya..
lalala~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers