ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai, namaku Iffah Afeefah. Umur aku 22 tahun lebih. Aku masih belajar. Sekarang dah tahun 3. Tahun depan insyaallah final year. Aku belajar di bidang prasekolah. Kalau korang tak tahu boleh rujuk kat pakcik Google yang serba tahu.
Aku blogger separuh masa. Aku sedang praktikal. Ada seminggu untuk ditamatkan. Aku garang. Itu kenyataan. Aku sebenarnya lama tak tulis pasal diri aku. Tapi disebabkan ada yang bertanya. Aku kenalah jawab. Tapi aku malas nak jawab banyak kali.
Jadi terhasillah entry perkenalan ini. Ramai sangat blogger baru yang ada. Jadi marilah kita berkenalan. Ada tanya aku geng Sharifah ke? Jawapan mestilah bukan. Nama aku seperti yang tertera di atas. Aku tak ada hidung mancung seperti golongan rupawan yang berpangkal nama Sharifah.
Aku manusia biasa. Kadang ada buat silap. Ya, jika ada yang kata aku hipokrit silakan. Bagi aku bila menulis kita tak boleh seratus peratus jujur. Sebab? Banyak mata memandang. Walhal benda kecil boleh jadi isu saman menyaman. Aku tak sanggup.
Aku tak sebaik yang korang sangka. Itu hakikat. Jadi segala nasihat yang aku coretkan untuk renungan aku juga. Bukan nak bajet best. Tapi kadang kala kita kena jadi macam tu. Yang terakhir aku nak berterima kasih kat korang yang membaca blog aku selama ni.
Terima kasih yang rajin komen dan yang menjadi pembaca dalam diam. Aku terharu. Semoga apa yang aku buat dapat membantu korang di masa akan datang. Selagi aku masih bernyawa akan aku semaikan segala buah fikiran dalam blog ini. Penerimaan korang amat aku hargai.
Oh ya, korang boleh kenalkan diri korang pulak kat komen. Ini sesi berkenalan. Maaf ada masa aku akan terjah semula. Aku pun manusia jugak. Tak sempurna. Tegurlah aku sekiranya aku salah. Aku sedia terima walaupun akan sentap dulu. Sekian.
Ps: Dia buat aku geram. Hurm.
14 comments:
okeh
opah nak bagi biodata opah..
hehhe
name : aimie amalina
umur : 23 tahun, tak lame lagi nak cukup dah 23..hehe
status : dah abih belaja, bulan 9 convo, kak ngah jgn lupe bagi bunge lily
heee
starg buka belog nih dh tertarik sebb kate2 kat header die!
hehhehe
syg kak ngah!
p/s: ala, die rindu kat kak ngah tu, tu die buli kak ngah =]
ye nama saya alia rosli
engineer to be
tapi ada lagi 4years
hahhahaha, akak garang ke? okeyh, tak caye :P
sy luqmanhakim
masih 19.
masih belajar lg. tahun satu..:D
*iffah memang garang pun.:P
salam..
ziarah jenguk entry baru blogger yg banyak idea (^^)v
hai, nama i sunah...
salam.. nme sy syahir... umo 20... still bljar lgik... nk msok 2nd year.. ;)
nama saya wan cikgu..sy pun takde pangkat syarifah2 bagai..hehe
cikgu prasekolah biasanya penyayaaaaang sangat kan..akak pun gawang gak tp bebudak tak takut..rasanya muka dah legend dah..ehehe
nama saya reenapple.. kawan panggil Syah.. saya pompuan..
accountant to be... still left 2 years nak kejar cita2... heheh
salam iffah...
saya mama maszull berasal dr Jay Bee,seorang isteri n ibu pada 3 orang anak perempauan seorang nak kawen,seorang nak konvo n seorg lg masih bersekolah lagi,mama bekerja sendiri n tak lama lagi akan bakal menerima seorang menantu...(promote lebih2lah mama ni kan)....:)
hye.. nama saya Faaein Talip Roy.. Boleh berkenalan? hehehe.. =P
hai..saya aima.. cikgu prasekolah jugak..eheheh
sape yang boleh cakap ko ni geng syarifah???
Nak berkenalan jugak...
Nama : Nabilah huda
Umur :20
Masih belajar...
Salam perkenalan...^^
untunglah muda lagi~~
Post a Comment