CORETAN TERBARU NADH

Sangat berpengaruh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yup apa yang korang sedang fikirkan tu? Aku nak cerita pasal pengaruh seorang kawan. Bukan orang yang berpengaruh macam ada kuasa tu. Hish tak mahulah cerita pasal diorang. Tak seronok okey. Ni pasal empat sekawan. Korang mungkin tak kenal mereka dan mungkin kenal. Jadi aku nak kenalkan seorang demi seorang okey?

Aku kenal seorang mamat ni dari blog Bro Ben. Bro Ben ada promot dia. Aku ingat lagi entry pasal berus gigi masuk lubang jamban. Eh korang dah agak siapa? Sabar. Aku pun follow blog dia. Kalau dulu asal kena promot je aku follow. Lama-lama aku rasa best pulak blog dia. Ini entry pertama aku baca dari blog dia. Kelakar okey. Ini bukti kena promot. Kembang ustaz tu nanti. Haha.

Ustaz kedua pulak kawan kepada dia. Aku memula tak tahu pun diorang kawan. Sampailah aku terperasan cara dia komen lebih kurang ustaz tadi. Sekali aku tengok entry cerita pasal PIBG. Eh takkan PIBG serentak. Rupanya mereka cikgu yang mengajar satu sekolah.

Lepas aku kenal dengan ustaz tu aku terjumpa Ustaz ni pulak. Ustaz ni aku terperasan cara dia menulis. Eh macam dia nilah. Aku pun baca entry-entry dia yang ada. Best sampai aku pun review blog dia. Aku tanya kat Ustaz 1 kawan ko ke? Dia kata aah kawan lama. Mengajar je kat sekolah lain. Aku tergelak baca. Dunia blog ni kecik je kan?

Ini blog baru aku kenal. Ustaz jugak kot. Aku kenal pun sebab dia selalu drop komen kat sini. Aku tengok macam orang kelantan. Jadi aku pun selongkar jugak entry dia. Sah memang kawan ustaz yang pertama tadi. Punyalah ramai ustaz jadi blogger ye? Ingat ustaz ni membosankan? Tak semua.

Bukti mereka sangat sempoi dan santai. Tak ada skema-skema. Jadi apa yang aku nak sampaikan kat sini betapa kuatnya pengaruh seorang kawan. Walau di alam reality jauh memisahkan mereka tapi kat maya jugak mereka berkomunikasi. Kadang kita tak terfikir yang pentingnya peranan seorang kawan.

Sebab tulah ibu selalu pesan. Jangan kawan dengan orang sembarang. Setakat ni walaupun kawan aku tak berapa alim. Sama macam aku. Aku tak terbuat lagi benda yang Allah benci. Tengah develop diri sendiri ni. Hope aku tak terpengaruh benda yang jahatlah. 

ps:Korang macam mana? Ada kawan korang jadi blogger macam mereka berempat ni?

13 comments:

Anonymous said...

yup!
jom berkawan reramai...

Solihin Zubir said...

sy plak, rmai org ingat ustat bila baca blog.. padahall..... haha..

Unknown said...

muehhe..sape kata ostad mmbosankan meh aku babap bontot die

aamalinaazman said...

weee..
cucu saya ni
baguih...kawan2 dengan ostad =)

K said...

ostad2 memang best XD

Hafizin Jamil said...

aku menumpang atas nama ostad jiji je.tak seberapa ostad pom.ahaha

Unknown said...

iffah, penting ke nak edit comment box tu..? tqa blur2 g,,apa die yer purpose..?? xyah publish komen ne ek..

Unknown said...

wooo...kawan ke..tu yang macam rapat je..sebab tengok..pengomen dia sama je kadang-kadang..kebetulan

Hafizin Jamil said...

ps : ni pom aku tumpang dok umah dia..ahaha

Faaein Talip Roy said...

bagus betul ek ostad zaman skang... lain betul masa sy mula2 berblog dolu2.. dulu jumpa ostad2 yang ada blog.. sumenya jenis tsiqah2.. tak ramai yg gegila2 macam ostad pemes tu...

IMANSHAH said...

senggahg gitu

Sunah Sakura said...

hehehe...kannn..i rasa ostad jiji ni yang pengaruh kawan2 dia lah... ggrrr... :p

Elly Jade said...

bestnya mcm tu..waaa
cute lak rsanya ustaz2 nie.hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers