CORETAN TERBARU NADH

Get married!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"if your friend got married early, you wonder how old you are by comparison.." i guess i am too old now.

Aku ambil ayat ni dari FB abang tunggal aku. Untuk pengetahuan abang aku seorang je adik beradik lelaki. Oh dah lah sorang je. Jauh ke negara lain. Hui adik kerja dulu baru abang. Yippi!

Bukan itu aku nak cerita. Kawan sepraktikal dengan aku seorang akan kahwin bulan 9 ni. Seorang lagi dah bertunang. Dua lagi dah ada pakwe yang sangat lama kenal. Seorang 6 tahun couple. Sorang 4 tahun dah.

Aku? *senyap seketika*

Aku pun terasa diri ini begitu tua. Haha yelah, adik aku pun selamat bertunang. Kakak aku dua orang dah tunggu anak lahir. Kak Long? Itu jangan cerita. Dia punya peristiwa silam tersendiri.

Kira aku kat rumah tu dengan adik aku tingkatan 3. Wah rasa makin tua. Tapi masih menempek kat rumah gaya budak sekolah. Manja? Please! Tak okey. Tapi korang rasa tak satu masa korang rasa nak kahwin?

Aku pun terasa. Mungkin persekitaran. Masalahnya aku tak nak kahwin sekarang. Saja sibuk bila orang cerita pasal kahwin. Aku pun join sekaki. Haha mungkin umur macam ni tak pelik cerita pasal kahwin.

Kang Jiji mesti terasa. Sebab dia dah tua. Haha yang penting kahwin cepat ke lambat itu semua bergantung pada jodoh. Kalau jodoh adik aku sampai dulu takkan aku nak mintak BMW sebagai hadiah langkah bendul.

Tak kuasa nak ikut adat merepek. Fullstop!
Ps: Aku asyik cerita pasal kahwin je kan. Gatal ke kalau cakap pasal kahwin? Cuba bagitau sikit.

8 comments:

Hafizin Jamil said...

jiji dah nak kawen dah lepas raya ni.haha

Fasihah Supian said...

hurmmm gatal? tgk kawan2 pun selalu sebut kawin2 ni..adehh ngaji tak habeh lagi =.=''

Diana @ BKKC said...

mis ran: jeles ke?...hehee..takpe..masanya akan tibe..rileks dulu

aamalinaazman said...

hahahaha..bukan gatal la mis ran..dah sampai mase kekadang nk terpk..heee..ye akan terpk gak lari kot mne pon..hhihihi=p

K said...

miss ran kena kawen daa ni, hehe. mintak kak sunah cari jodoh.

p/s : haha XD

msredcheesecake said...

Miss ran, kawen bila dah ready. Tamau kawen sebab sumer kawan da kawen atau org da start bising2....

Jgnla cakap gatal kalau cakap pasal kawin...malu la kita...hheee...

Unknown said...

ko mmg betol2 nak kawen dah ke ek

Cik Pulau said...

hahaha..
kawen la...
dah sampai seru dah tu..haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers