ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pelik dengan manusia yang bernama wanita. Sedangkan aku juga seorang wanita. Kenapa? Kenapa kian pupus wanita yang menjaga malunya. Malu selalu dikaitkan dengan wanita tetapi kini?
Banyak wanita tidak lagi mempunyai rasa malu. Malu pada diri sendiri pun tak inikan pula malu dengan penciptanya. Tak malu betul. Biasa kita nampak dan dengar ayat ini keluar dari isi hati sang teruna. Wanita kini hilang rasa malunya apabila berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim di depan khalayak.
Malunya hilang apabila berpakaian seksi kononnya mengikut peredaran zaman dan fesyen. Malunya pupus apabila kurangnya perhatian daripada lelaki yang diingini. Maka dengan tak malunya dia sendiri bagai perigi cari timba.
Sedar tak wahai wanita yakni kaum Hawa. Betapa jauhnya beza kita wanita kini dengan yang dulu. Sopannya dijaga, malu tetap ada. Kita? Tak mahu kalah dengan lelaki. Tak mahu dikatakan kolot kerana terlalu menjaga malu.
Salahkah yang ada rasa malu itu melindunginya? Salahkah mereka menyimpan rasa malu? Adakah mereka kuno dan ketinggalan zaman? Jangan kerana tak malunya kamu, maka lahirlah insan tak berdosa di muka bumi ini. Tak malukah pabila namamu terpampang di dada akhbar kononnya ditangkap khalwat?
Mana perginya rasa malu itu? Jawablah dengan bertanya iman di dadamu=)
3 comments:
Malu itu kan perisai orang beriman. :D jangan rasa takut untuk jadi "kolot" dipandangan manusia. ALLAH punya pandangan tu paling patut kita fikirkan. :D nadh sokong kamu.. apa pn.. :D
malu itu perhiasan bagi wanita...jika hilang sifat malu itu, pasti wanita nampak jelik...
errrrrrrrrrrrrr, errrrrrrrrrrrrrr
Post a Comment