CORETAN TERBARU NADH

Cinta ibarat celaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta itu baginya celaka. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa celaka? Aku tak faham kenapa. Pelik dengan manusia yang pelbagai. Sebab cinta itu bagi aku terlalu indah. Indah sampai tak boleh digambarkan. Oh selalunya orang yang dilamun cinta akan kata cinta itu indah.

Tapi bila orang putus cinta kata cinta itu celaka. Dia maki cinta itu. Tapi kenapa? Bukankah cinta itu yang diagungkan masa dilamun cinta? Bila dah berpatah arang. Hati dah kecewa kan. Semua orang dimarah. Cinta jugak dipersalahkan.

Kenapa perlu semua ini? Kenapa tak terima kenyataan yang dia bukan milik kau. Kau tu milik Allah. Tak payah nak bercinta bagai nak sangat. Kalau cinta dan sayang sangat silalah kahwin. Lepas tu sama-sama menyemai cinta dengan sah.

Ini tak cinta jugak dicelakakan. Ibu tak bagi aku cakap macam ni. B*doh, celaka, bab!, Fcuk, sh!t dan semualah. Sebab dia kata semua ni tak elok disebut. Sekali kita sebut kat orang beribu kali makian tu kena batang hidung kita balik. Bulan puasa ni patut kurangkan buat dosa.

Ambil peluang perbaiki diri sendiri. Kau kena tinggal pasti ada sebab. Bukan cinta yang tinggalkan kau. Tapi kau yang tak reti hargai cinta yang indah itu. Tak pernah sekali pun cinta layak dikatakan celaka. Aku pantang sungguh orang kata cinta ibarat celaka.

ps: Ni keyword yang aku jumpa lagi. Bagi korang cinta tu celaka ke?

11 comments:

~Kirin Selama Perak~ said...

cinta itu boleh diumpama kan bagai makan sambal belacan..
walau pedas hingga mngalir airmata tetapi tetap dimakan juga..
lallalaala~
:D

Luqeem™ said...

btul2.cinta tu celaka bg orang yg x hrgai cinta tu..

bg org yg hargai, cinta tu akn sntiasa mnjga hatinya.

lebih senang ialah bercinta kerana Allah.

Diana @ bilakukatacinta said...

cinta ibarat celaka bila berduka
bila suka, cintalah segala syurga...

Sis-Lin said...

Tajuk..perghhh boleh kurang pahala pose sikit..hehehehe

Bagi Sis cinta itu indah(sukar nak luah dgn kata2) tp akan jd celaka jika dah kena batang hidung sendiri...jadi sebelum kena baik bertindak!!! :)

selamat bercinta..ngeh3x.....

~..Lesung Batu..~ said...

btol tu iffah cinta adalah anugerah yang paling indah.. celaka?? errrr

Suhaili Sarif said...

sentap mak nak..
mak sentap bukan apa
mmg lantang!!!
mak suka naakk...
baru terbukak mata org2 ni
selama ni nasihat lembut2
pas2 salah sndr x nak mengaku
nak salahkn cinta lak.hehe

p/s: 1st time dengar ayat ni
cinta ibarat celaka!!!!

athirah said...

cinta tu universal . xde la celaka pun . yang celaka tu mungkin boleh ditujukan kepada orang yg bercinta . haha .

visit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/04/peniru-toyol-loser.html

sergeant keroro said...

suka ayat kirin, keh3

p/s : cinta itu comel macam anak murid, ye dak? :p

sleeping_maniac90 said...

cinta hadir dr hati..
even hati kta pena tluka ngan teruk skali pun, akhirnya kita akan mmpu untuk mencintai org len plak..
mknanya cinta tuh bkn la celaka..

aimie amalina said...

sealalu owg nk hargai cinta bile dh x de..
wuuuuu

msredcheesecake said...

org yg salahgunakan cinta tu yg shit....saba2...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers