CORETAN TERBARU NADH

Hati berubah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hati manusia ni mudah benar berubah. Yalah orang cakap sikit je dah tukar plan A jadi B. Belum kata pasal hati dan perasaan lagi.

Yang perempuan memang sinonim dengan hati lembut. Jadi tak mustahil orang ayat sikit je mudah cair. Tu yang banyak bayi dibuang rata-rata. Tak nak bagi kat rumah kebajikan. Ini tak! Dosa makin bertambah.

Kalau kita ni hati lembut lelaki hati apa? Keras eh? Ada jugak lelaki hati lembut. Er bukan lembut auww la. Lembut membawa maksud dia pun mudah terasa. Mudah mengalirkan air mata.

Serius ada. Ada yang tak nak mengaku. Tak apa. Nanti korang dah kahwin semua yang korang kontrol dan cover tu akan nampak jugak. Lama mana manusia nak berlakon kan? Susah berlakon. Ingat senang ke? 

Jadi sesiapa yang rasa hati mudah berubah. Iman pun tak kuat mana jauhkanlah dari perkara yang boleh menyebabkan kita menghampiri zina. Bukan apa. Ni bulan puasa. Memanglah tak ada syaitan tapi nafsu?

Kalau rasa hati kuat, teruskan menguji diri. Kalau lemah, jangan cuba. Contohnya, kalau korang suka kawan dengan lelaki okey. Boleh je. Tapi bolehkah kawan tetap jadi kawan? Korang boleh kawan asalkan korang yakin yang hati korang takkan berubah.

Mana nak tahukan. Tetiba kawan makan kawan. Hati siapa dapat jangka? Kalau ada sistem terjah hati orang lama dah aku terjah hati masing-masing. Haha=)

9 comments:

aamalinaazman said...

heeeee
okeh..boleh terjah hati empunye belog ni dulu la an2?
=p

Mat Gebu said...

mORNING MISS RAN..SAT, PCM NI NANGES TAKLAH, TAPI KETAT MANJANG..KIRA MACAM MANA EKS..JANTAN KETAT...BOLEH GITU..

K said...

hati manusia, lain lah lau hati alien XD

p/s : jangan terjah anak murid punye, haha :P

Yusri said...

sesuai dengan maksud hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

maszull said...

slm...betul tu kalau nak berkawan ada batasnya sape yg kuat iman akan terus b'jaya n b'kawan tu biarlah pandai pilih kwn takut ada sbb disebaliknya...:)

Elly Jade said...

kan best dpt google hati org.heehehe

hmm...psl berkawan dgn lelaki,kwn akk(girl) penah nekad x mau fall in love dgn best fren dia(boy)
kwn da lama jgk n tb2 ALLAH detikkan hati dia utk fall in love.huhu

Diana @ BKKC said...

jangan diduga iman kalau hanya setebal kulit bawang...pepon..behave urself..selamat berpuasa !!

scya lollita said...

hati tisu dan hati batu . lumrah .

Unknown said...

mmber aku berlakon lama dah..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers