CORETAN TERBARU NADH

Jika jiran jahat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tergelak je baca keyword ni. Banyak sangat keyword yang menarik aku jumpa. Tapi aku nak pilih yang ni. Sebab? Sebab kita hidup berjiran. Rumah besar mana pun jiran mesti penting. Macam aku dengan Nadh.

Hubungan dengan jiran kenalah baik. Takkan nak berbusuk hati pulak kan. Tapi macam mana kalau jiran kita jahat? Korang pernah tak kena? Contoh jiran suka buang sampah kat tong sampah korang. Selalu main parking sampai korang punya kereta tak ada tempat nak park.

Tapi dia buat jahat kat korang macam mana pun korang balas balik tak? Ya ramai yang angguk. Memang ikut darah muda nak je maki. Macam nak buat sesuatu yang keji je kan. Tapi patut ke kita balas balik? Geram pun geram jugak. Tapi nak buat macam mana kan.

Kita jangan nak jadi jahat sama dengan orang tu. Kalau dia jahat lepas tu kita kata dia jahat. Dah tu kita pulak balas dendam. Tak ke kita pun jadi jahat? Dah tu nak biar je? Biarkan jelah. Aku memang kalau ikut hati nak buat. Tapi bila kita buat kita pun sama taraf dengan dia.

Yang penting, biarkan dia dengan caranya. Kalau dah tegur tak jalan jugak. Biarkan dengan hati yang keras tu. Kita buat balik pun takkan puas hati pun. Sama je. Buat sakit hati adalah. Jadi sejukkan hati dengan mendekatkan diri dengan Allah. Kita pun bukan sempurna nak hukum-hukum dia. Lagi banyak kita mengumpat pasal dia lagi banyak dosa dapat. Adalah sia-sia mengumpul dosa tu=) Sekian.

ps: Aku tak tahu kenapa. Berjam-jam aku taip entry yang ni. Mood sudah lari. Hurmm...

6 comments:

K said...

jiran miss ran baik, hehe

p/s : meh nak bawak gi angkasa lepas :P

Elly Jade said...

kenapa ada org nk culik miss ran,,waa

tktnya dpt jiran mcm ni
nauzubillah..kalau dpt nnt,kena baca balik entry iffah.hehe

aamalinaazman said...

mood miss ran same dgn mood cek alien..hehe
papepon, moge kite dpt berpk dgn waras sebelom nak buat pape ann!

red gitarputeh said...

Okay kamu ada poin yang bagus =)
Tq sharing. Ilmu yang bagus ni. tak ramai orang sedar pasal yang balas membalas dendam tu..


You Will Get Back What You Give. True Story.
(Ayat aku pedas. Jangan baca kalau mentaliti korang tak kuat)

ct kektus said...

betul. watpe wat jahat ngan jiran. tak mendatangkan hasil pon. ;)

fRaMe+LenSeS said...

rdu kat jiran la tu.. agagagagagag

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers