CORETAN TERBARU NADH

Saja bagi aku terharu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gambar ni telah dijadikan profile picture. Wah gembira dapat hadiah. Terharu. Walaupun seorang je bagi kad raya kat aku. Tapi tak apa. Cantik dia warna. Terima kasih Fahmi Iskandar. Sayang Fahmi lebih!

Erm pembalut hadiah pink tu cikgu pra bagi. Dalam tu ada beg anyam kecik. Boleh pergi pasar letak beg duit dalam tu. Kad raya tu aku suruh diorang buat. Semua pakat buat cantik-cantik bagi kat kawan aku, mak ayah diorang. 

Cawan dengan bunga tu pembantu pra yang bagi. Dialah yang tolong aku buat kuih raya dengan bebudak prasekolah dulu. Memang sporting. Siap nangis lagi tadi. Janganlah. Segan kami berdua.

Kad besar ada lubang sebenarnya lekat love tengah-tengah. Bila bukak love timbul. Tanjat gegirl. Yang bestnya ada semua nama anak murid aku selama dua bulan ni. Tulisan walaupun tak cantik. Tapi adalah kenangan dengan diorang. 

Gambar yang aku tayang pagi tadi adalah gambar sebahagian. Yang lain tak datang. Tak apalah. Tapi aku dah mula rindu mereka. Jangan tanya pasal budak perdana yang aku ajar PJ. Hampeh. Asyik kejar mintak duit raya je. Aku bagi singgit sorang. Yang darjah 4 due ringgit. 

Sekolah ni memang best. Cikgu-cikgu yang baik dan sporting. Wah tak nak balik asrama rasanya=P Yang penting kehadiran kami dihargai. Aku tak harap hadiah pun. Tapi terharu kot. Kad besar tu terbaik! Kenangan sampai bila-bila.

Ps: Dia cemburu sebenarnya.

18 comments:

Salim Harmanain said...

waa...untung jadi cikgu..hehe

daiaziz said...

tq cikgu..;)

aliarosli said...

nak gakkkkkkkkkkkkkkkkkk\

bestnye

Unknown said...

cm best je jd ckgu ni.. nk jd ckgu gak lh :)

Anonymous said...

terima kaseh cikgu.. :D
cehhh..jgn nk pasan la..aku cakap kat cg aku..hihi

Unknown said...

hehehe... best pula nak jadi cikgu2 ah??? ermmm pra2 sukakan miss ran maknanya...

K said...

untunglah~~

IMANSHAH said...

selamat hari raya

tamlegend said...

kalo akupn cemburu...sipa ada love lg tu...ahaks...

chenthagila said...

sonok dapat kad raye dari anak murid ye. huhu

mas saari said...

bestnya! untung cikgu..

Anonymous said...

hahaha..jgn la marah..kn tgh pose nih..nati2 nk raya plak..maaf yer.. :D

Lea Isnawi said...

selamat petang cikgu~

Asyiqin Haulisah said...

wah!! UNTUNGLAHH. hehe.

aamalinaazman said...

waaa
opah yg bace pon terharu...hihi
walau pun sementara tapi cam selama2nya cegu kat situ an..hehehehe
besnye dpt kad!hehe
comei2 plak tuu

pie said...

bestnye :)

aLyn Lina said...

beshnya..hadiah yg sangat bermakna:)

Muslimah Optimis said...

syok bila student2 ingat kat kita..ni ha student k.a masa praktikal dulu siap main FB ajak cikgu aima cht lagi.. hihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers