CORETAN TERBARU NADH

Dia baca entry aku?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pagi tadi sebelum aku melelapkan mata ada mesej masuk. Uik jarang handset aku berbunyi. Haha terkejut tengok sender. Ehem siapalah agaknya. Dia bertanya tentang FB. Aku yang mamai ni reply sesuka hati. Lepas send aku check balik. Oh rupanya dia tanyakan aku tentang entry ni.

Ops aku dahlah merepek kat dalam entry tu. Dia baca. Apa komen dia? Rahsia kami berdua. Yang aku nak sampaikan kat sini hati-hati bila menulis. Sebab banyak mata memandang. Untuk dia, aku tak rasa nak bermusuh pun. Seronok adalah. Sebab dia tetap istimewa sampai bila-bila. Jadi aku takkan remove dia dari FB.

Rasa tak seronok pulak bila entry tu dibaca oleh dia. Memang ditujukan untuk dia. Tapi entah. Rasa bersalah. Sorry ya. Kita kawan kan? *buat muka tak berapa nak comel. Bila dah jadi macam ni semua jadi tak kena. Aku  tak adalah nak kata "Jangan baca blog ni lagi. Pergi jauh-jauh!" Kejam sangat. Url ni pun dia yang bagi. Mestilah dia ingat. Ye tak?

Apapun jangan putuskan silaturrahim bak kata Kak Long. Buat apa nak bermusuh kan. Kalau ya kita benci pun kita kena ingat balik asal usul kita. Siapa kita nak benci-benci orang kan? Yang penting tetapkan hati. Eratkan silaturrahim. Jangan bermasam muka. Yang penting hargai orang yang sayang kat kita. Bukan senang nak ada orang sayang.

Ps: Bukan senang nak jaga hati orang ni=) 

12 comments:

Hafizin Jamil said...

ehemmm

K said...

ni autopublish eh??

p/s : mane boboi? :p

Unknown said...

selamat berpuasa iffah dan selamat berbuka dan selamat berterawih..

fRaMe+LenSeS said...

ehem3.. ;P

maszull said...

salam iffah...sape die di hati mu...:)ehmmmm...:)

Cik Pulau said...

tu la kan..
ramai yang memerhati..
so kita yang kena berhati-hati..

senyumSOYA said...

heheheheh~

Unknown said...

haha kaklong..pekida ke

Elly Jade said...

patutla komen awk td kt entry 2 mcm ada makna je..hehe
alhamdulillah..yg pnting kte bertenang dan jgn bermusuh dgn org.hihi

Aien Not Alien said...

pernah ada dalam situasi ni..hihi..

more less la..^_^

aamalinaazman said...

eheeeeeeemmmm :p

ir yien 9897 said...

ramai yang menjadi silent reader kat blog kita nie..
kalau yien mama yg jadi silent reader :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers