CORETAN TERBARU NADH

Kalau sayang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sayang, sayang aduhai sayang. Amboi lagu apalah aku ambil ni. Bulan puasa baik mengaji Quran. Sibuk menyanyi. Haha aku memang macam ni. Masa pergi Bazaar semalam asyik nak menyanyi je. Sawan ke apa?

Dah-dah kembali pada topik. Aku nak cerita pasal sayang. Korang pun mesti ada benda yang korang sayang kan? Tak kisahlah orang ke benda. Tetap ada yang jadi kesayangan. Tapi macam mana korang jaga benda kesayangan korang tu?

Susah nak jaga benda kesayangan ni. Contohnya korang suka satu kad tu. Kad tu memang bermakna bagi korang. Adakah korang simpan kat tempat yang orang takkan jumpa atau korang tayangkan bagi semua orang nampak? Masing-masing mempunya cara berbeza nak jaga benda kesayangan.

Aku kalau dah sayang aku akan simpan. Takut orang kacau. Rosak ke apa ke. Tapi macam mana pulak dengan orang yang disayang? Tettt. Aku bukan nak kata apa. Biasanya orang kalau dah sayang selalu mengongkong pasangan.

Yalah, takut lari. Siapa buat? Baik mengaku. Haha tak elok sebenarnya. Sikap kita yang takut sangat dengan kehilangan akan menyebabkan dia rasa terkongkong. Lepas tu mulalah bosan dengan kita. Bila dah hilang orang kesayangan tu. Nak maki-maki kata cinta ibarat celaka.

Jadi, berkaitan dengan isu hangat pasal tettt. Korang tak payahlah hebahkan pasal orang. Baik jaga orang kesayangan korang masing-masing. Buat apa nak jaga tepi kain orang kalau tepi kain sendiri terkoyak tak sedar. Takut korang pun akan mengalami masalah sama pulak nanti. Aku bukan doakan. Tapi itulah hakikat kehidupan yang ibarat roda.

Apapun selamat berpuasa dan beribadah. Jangan asyik tidur je=P

8 comments:

Elly Jade said...

hari pertama puasa ada org da buat entry gosip T___T

aamalinaazman said...

wuwuwuww
jangan sesape curik kesayangn saye
haitt!
hehehe

p/s: bangon tito dah..hehehe

~..Lesung Batu..~ said...

kalo barang suka simpan jugak macam iffah~ ^_^

tula kan skang ni org lebih suka jaga tepi kain orang je..aiyakk lepas ni nak pakai seluar je la tanak pakai kain..hahahaha =p *merepek*

Luqeem™ said...

nnti bleh buat museum, smpan kad2 ksyangan tu..hehe

Nurul Aiman Ahmad said...

taknak tido. tapi tertidur.. dah nk wat gano.

AlongUsop said...

yela... yee.. ;)

K said...

manusia bukan barangan~

p/s : nampaknya cikgu paham apa yang anak murid geram semalam

Cik Pulau said...

kalau ai sayang ai simpan.. hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers