ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha aku nak mengomen sendiri punya air tangan sebelum share resepi. Kenapa? Banyak kelemahan lagi. Baru nak berangan boleh dah kahwin. Hehe sedap makan nasi lemak. Sekali teh tarik. Mantap! Biar ayah bangga dengan anaknya. Hadiah untuk ayah sebab nak pergi pam tayar kereta, cek semua pasal kereta.
Anak dia pandai bawak je. Er minyak hitam tahu je. Bateri kering dan basah. Jumper. Like this. Kena spare satu kat kereta. In case. Murah je kata orang. Air bateri pun kena spare. Spanar segala mak nenek. Yang untuk tukar tayar tu kena ada. Tukar tayar eden terror.
Apa cerita pasal kereta ni. Syuh syuh syuh. Merapu lagi. Okey komen aku terhadap nasi lemak sendiri. Er nasi lemak sejenis makanan okey.
1. Nasi agak lembik. Patut kering sikit. Tapi masih boleh dimakan. Taklah boleh kepal-kepal.
2. Sambal kering. Patut ada kuah sikit.
3. Sambal tak pedas. Aku pelik. Banyak dah aku letak.
Tu je komennya. Ayah makan senyap maknanya sedang-sedang je. Kalau puji memang sedap gila boleh kalahkan pengetua. Kalau banyak tanya tu maknanya tak sedap. Sila cuba lagi. Ayahku sangat cerewet pasal makanan. Jadi adakah bakal suamiku begitu? Boleh je tahan sebab dah membesar dengan orang sebegitu. Tapi nenek aku lagi cerewet. Menurun ke anak dia. But anak dia tahan sikit. Maknya? Pengsan. Janganlah dia jaga kami lagi. Sumpah dia sangat cerewet!
Tapi nenek aku jugakkan. Jadi sayang menyayangi itu penting. Tak ada nenek tak ada ayah aku. Tak ada ayah aku tak ada aku di sini. Tak ada aku tak ada blog ni. Tak ada blog ini korang boleh hidup kan? Nak bersiap pulak ni. Tasha bising nanti.
1 comment:
salam.
kagum betul la. hari2 masak. :)
Post a Comment