CORETAN TERBARU NADH

Sempurna tapi tak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita ni nampak je sempurna luaran. Tapi betul ke kita sempurna? Bila kita rasa kita sempurna di manakah kita berada?

Oh shopping complex?

Duduk lepak tengok tv.

Makan kat kedai sebab malas nak masak.

Menghadap laptop tunggu mak masak?

Tapi korang ada nampak macam mana orang lain berusaha nak mencari sesuap nasi? Lebih-lebih lagi yang kelainan upaya. Naik motor yang 4 roda tu. Sayunya tengok. Aku rasa menggeletar. Jalan tak betul. Macam terencat fizikal. Kepala senget ta henti bergerak. Semua malas layan dia jual tisu. Aku pandang. 2 je orang je beli tisu. Itu pun nak letak tisu pun lama. Sayu weh.

Dia naik motor pun lama. Berdiri. Aku tengok. Lama baru dia duduk. Aku tak perasan motor tu roda 4. Sekali dia start. Aku pun pandang lain. Takkan nak tengok lama. Kang dia malu pulak. Sekali dia pakai helmet. Aku pandang. Susahnya dia nak pakai. Aku rasa nak pakaikan je tau. Sedih.

Punyalah orang yang tak sempurna fizikal mencari rezeki. Kita yang sempurna buat apa? Pandang pun tak mahu. Makan harap orang isikan. Duit pun orang bagi. Macam mana? Aku muhasabah diri. Korang pernah jumpa orang macam ni. Aku tak sure dia sindiket ke tak. Cuma yang ak harap moga dia bahagia selalu.

ps: Aku tak habis makan tadi. Serius selera mati tengok orang bersusah payah sedangkan kita?

4 comments:

zezolla_atin said...

sayu kan tengok orang mcm tu . saya selalu doakan mereka selamat dunia akhirat . hidup bahagia macam orang laen jugak . btw saya follow awak ye..

aimie amalina said...

betol..kekadang ase napelah diri ni asik x puas ati lag sedgkn ade lag org yg lbh ssh dr kite...aitoo.muhasabah diri la kan =)

H.J said...

tngok orang bawah kita baru kita tahu erti syukur

Niena Pengembara Ilahi said...

erm.... kadang2 meraka punyai hati yang lebih mulia dari kita.. lebih ikhlas & jujur dari kita... moga mereka sentiasa tabah :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers