CORETAN TERBARU NADH

Masih ada yang sayang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik entry sayang disayang je aku ni. Kang adalah komen merepek tu. Aku dah tahu siapa. Haha aku terfikirkan ni masa makan sate sedap dengan Sunah dengan Kak Ila. Tetiba ada mesej masuk. Sebulan dah kot dia tak hantar mesej.

Aku yang menyepikan diri. Ingat nak remove dari FB tapi tak sampai hati. Kawan aku kata biarkan je. Jadi aku ikutkan jelah. Tapi dari mesej yang aku dapat, aku dapat rasakan yang aku masih disayang. Perasan ke? Entah. Cara dia ambil berat buat aku rasa makin bersalah.

Tulah aku cakap. Perempuan hati tisu. Tapi bagus jugak dia sayang lagi. Atleast tak adalah aku rasa tak ada yang sayang. Sebab masih ada yang sayang. Kalau korang rasa sunyi ke tersisih ke. Baik korang renung dalam-dalam kat air tu. Fikir siapa lagi sayang korang.

Jangan terfikir nak bunuh diri sudahlah. Merepek tu. Tak salahkan kalau sesiapa je nak sayangkan kita. Bagus apa rasa disayangi. Cuma sayang untuk dia tu errr. Entah. Berapa lama aku jadi single eh? Lupa sudah. Tapi apa yang penting dalam dunia apa-apa yang kita nak buat fikirkan dulu yang kita masih ada yang sayang.

Bukan pakwe pun. Ibu ayah, adik beradik, kawan-kawan, anak murid erk. Haha jadi fikir dulu sebelum buat apa-apa yang bodoh. Seronok disayangi ni. Tak tipu. Akhir kata dari aku, selamat berpuasa semua. Jangan buat tak senonoh bulan Ramadhan dan seterusnya. Ingat masih ada yang sayang. Tu kat atas sana. Masih sayangkan kita hambaNya.

8 comments:

K said...

BETUL, MASIH ADA YANG SAYANG. HEHE

p/s : anak murid sayang cikgu, boleh? keh3

Diana @ BKKC said...

salam ramadhan..n selamat berpuasa iffah... Best kan bila tahu diri kita disayangi??...

Unknown said...

best nye ada org sayang kita..

fRaMe+LenSeS said...

ati tissue. lalalalala~~

~Kirin Selama Perak~ said...

untunglah !
cikgu busuk ni ada orang sayang !
wkaakakakkaa !!
:D

maszull said...

salam...masih ada yg syg kat kita tu bermakna org tu x boleh berpisah dr kita la kot...semoga ceria selalu yer..:)

Elly Jade said...

kenapa akak x perasan entry ni
grr,,,hehee
rugi kalau x sayang ipah :)

Sunah Sakura said...

kenapa i pun baru perasan entri ni..ahahahhahahah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers