CORETAN TERBARU NADH

Part 5: I'm nothing without you


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Ini entry bersiri. Boleh rujuk kat tepi widget ni eh korang. 

‎"Ramai org menanam pulut, saya sorangg menanam padi..." Belum sempat Adilla menyambung peribahasanya Maera Aqila duduk di sebelahnya dan menyambung.

“Ramai org karam di laut, awak sorangg karam di hati" Ketawa perlahan. Adilla dah muncungkan bibir mungilnya. Geram dengan gurauan teman serumah yang suka sangat membuat lawak tak kena masa.

“Amboi dah lama tak rasa kaki aku nampaknya,” Adilla bangun mengambil remote control. Bosan pula duduk di rumah. Biasanya dia akan skodeng Shahir balik kerja.

“Ala, gurau je Ila oi. Kau sejak frust tak keluar merayap. Kalau dulu pantang time free je hilang entah ke mana,”

“Kau kenapa ni? Sakit hati aku ingat kisah dulu,” Adilla terus menonton TV. Malas nak layan.

“Eh sakit ke kak? Kau jugak yang tak suka menyerah kalah kan? Lagipun kisah dulu apa. Baru seminggu dia reject kau,” Maera cuba memprovok. Dia tahu kawannya masih ada hati dengan Shahir. Takkan semudah itu dia mengalah.

“Aku malaslah cakap dengan kau Maera. Buat sakit hati je. Si Shahir dah reject aku. Takkan aku nak menyibuk dengan tebalkan muka lagi? Malulah,” Adilla bangun dan menuju ke bilik. Hatinya panas.

xxxxx

“Oit lama kan Shahir menghilang. Aku risau pulak,” Iskandar meletakkan air suam di atas meja. Zaki tersengih.

“Apa yang kau nak hairankan? Budak tu ada kerja. Sebab tu busy je,” Zaki menghirup air suam. Nikmat sekali. Tekaknya masih sakit. Penangan musim durian gamaknya.

“Aku risau dia touching sebab aku. Yalah, ada dia pulak kena tuduh. Serius tak tahu pun Ina tu makwe lama dia,” Iskandar meraup wajah.

“Rileks, malam kang aku roger dia. Nanti aku bagitau kau okey. Burger satu. Aku nak balik rumah dah ni,”

“Okey, Zaki aku tunggu jawapan dari kau,” Iskandar penuh mengharap.

xxxxx


"Bro," Zaki menjerit dan melambai ke arah Shahir. Shahir terkejut lalu berpaling. Terhenti seketika langkahnya.


"Oit, apa mimpi kau datang rumah aku ni? Jom masuk," Shahir membuat isyarat tangan. Zaki segera keluar dari kereta Vivanya.


"Takkan kena mimpi dulu? Jenuhlah aku tunggu kalau macam tu," Gurauan Zaki disambut tawa Shahir.


"Jemput duduk. Aku busy. Kemas rumah pun tak sempat ni," Shahir pantas menyusun majalah dan membuang sampah jajan di meja.


"Duduklah Shah oi. Kau tak payah tunjuk rajin depan aku. Kita lama dah kenal," Zaki senyum.


"Okey, aku duduk. Kau ni, aku  nak kemas kau kacau. Hah apa hal kau datang sini?" Shahir terus bertanya. Dia tahu kawannya ada hajat.


"Eh kau ni tak menyabar. Aku tahulah kau busy sekarang ni," Zaki terasa.


"Rilekslah bro. Aku gurau je. Tupun nak touching," Ketawa kuat.


"Yalah, aku touching. Kau tu senyap je. Dulu jauh lama tak jumpa. Dekat pun sama," Zaki berjauh hati sebenarnya.


"Ala aku bukan apa. Busy kat tempat kerja. Aku tak ada masalah apapun. Kau tengok sendiri pukul berapa aku balik ni?" Zaki mula memahami.


"Dah kau nak minum tak? Aku buatkan," Shahir bangun tapi dihalang.


"Duduk dulu. Aku ada hal nak cakap,"


"Serius sangat ni kenapa?"


"Aku nak kau cerita kat aku siapa Ina tu. Dan macam mana kau kenal dia? Aku serius rasa kawan tak guna. Sampai kawan aku merana pun aku tak tahu," Shahir menepuk bahu sahabatnya.


"Aku okey. Cerita tu dah lamalah," Shahir mengelak.


"Ceritalah kat aku. Kata ka..." Gedebum bunyi dari luar mengejutkan kawasan kejiranan. Shahir menerpa keluar. 


ps: Sambung Nadh jangan tak sambung. Korang tak best kan sambungan kali ni? Aku kekeringan idea.

6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

waaahhh cepat betul.hihihi

K said...

hehe, cepat2 sambung :P

Kira Sakura said...

mesti pakcik tue smbung cpt.. die tgh free tue.. hihihi..

rasenye klu satu hari nanti shahir pulak in love dgn adilla.. adilla jual mahal la pulak.. biar shahir tue merana nanti..memandai jer kira nie hihihihi ... :p

aamalinaazman said...

weeee
cepattt!
nak bace niiiii

Elly Jade said...

waa.ada viva ai.ehehe

apala sambungan nadh ni..huhu

Cik Pulau said...

lorhh..bunyi apa la tu..
arghh..
sambung lagi.. marathon.. hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers