ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang korang faham denga cinta realiti ni? Ya aku dah kena brainwash dengan sahabat realiti aku merangkap housmate sekarang ni. Kenapa?
Dia bising pasal encik yang dulu. Dia tanya betul ke aku dah tak ada apa-apa lagi. Aku kata betullah sambil gelak. Aku memang suka gelak. Masa serius pun masih nak gelak. Mungkin helah untuk tutup rasa sebenar. Entah. Aku sendiri tak faham dengan diri sendiri.
Aku dengan yakin kata kat dia kami dah tutup buku. Tak kiralah apapun. Aku rasa hati aku berubah. Betul kata jiran cinta macam gajet. Berubah selalu. Erm sokong. Aku kata aku single dan aku tak rasa nak balik kat dia. Kecualilah memang dia jodoh aku.
Kawan aku bising, bising dan bising lagi. Dia risau. Aku okey je. Dia pulak risau lebih. Terima kasih Masz. Yang aku malas nak dengar bila dia kata "Tolonglah bercinta realiti. Asyik menghadap blog mana nak bergaul dengan orang kat dunia sebenar?"
Aku balaslah. Kalau dah dunia maya jodoh aku nak buat macam mana? Dia bising. Dia tak suka aku ditipu. Tak suka aku asyik percaya kat alam maya. Untuk pengetahuan korang memang mereka yang hadir dalam hidup aku sebelum ni dari maya.
Err salah nombor, kawan pass nombor, myspace, ym. Blog? Belum lagi. Haha dia tak bagi. Macam makcik bila bising-bising. Entah. Aku tolak soal hati ni. Biarlah semula jadi. Kalau betul jodoh aku dalam alam maya aku pasrah. Masz bising. Ada betulnya dia cakap.
Yang tak tahan kawan aku cakap senyumlah bila keluar. Er nak senyum apanya? Kang orang kata gatal pulak tetiba senyum kat dia. Kebenaran tentang diri aku, aku memang tak pernah rasa berkenalan dari realiti. Semuanya bermula dengan maya.
Korang rasa teruk sangat ke cinta alam maya ni? Takkan kekal eh macam aku dedulu? Hurm aku tak faham percaturan hidup aku sebenarnya. Hope aku dapat tahu jawapan di sebalik semua ni kelak.
9 comments:
cinta alam maya teramatlah sangat extremely bahaya! (^_^)
cinta itu buta kan.
xada pengalaman..tapi saudara ada je kawin jumpa kat internet....
nak kata bahaya realiti pun bahaya jugak. kalau nak kena, realiti ke, alam maya ke boleh je kena kat mana2. sebab saya ada je kawan yang kenal dari internet kahwin dan bahagia dah. semuanya soal jodoh.
jodoh pertemuan di tangan Allah... kalau Dia berkehendak, insya'Allah jodoh itu ada di mana2...
senyumlah... erkk!
ada pros n cons.
alam realiti :
cons- susah nak berkenal2, malu, kalau nak approach org kata gatal, kdg2 baru nak ushar tp pihak sana dah perasan lebih2 etc.
pros - subjek wujud depan mata so susah nk sembunyi apa2 (patutnya la), kemungkinan dia ghaib tiba2 tu rendah, senang merisik kisah balik tabir dia sbb kita boleh kenal kwn/keluarga dia etc.
Siber :
cons - taktau identiti sebenar2 org tu jd kemungkinan ditipu ti besar, selalu dlm siber n realiti ni personaliti/rupa berbeza, org tu boleh ghaib tiba2, buang masa tggu benda x pasti sbb kita x kenal org tu sapa lg.
pros - senang nk berbual2 sbb rasa identiti terlindung lagi, boleh kenal hati/emosi dia lebih mendalam tanpa mengira rupa/harta, kalau x suka boleh terus ghaib tanpa risau dia stalk kita, selamat in the sense dia tak boleh apa2kan kita selagi kita x jumpa and bg maklumat2 penting kat dia, etc.
oh komen aku mcm pembentangan entah apa-apa je.
jgn lupe le jemput aku ni weyh
- moga temu jodoh yg sesuai...ameennn
nsib bek da acik masz tlg bebelkn.... nk arap cik nan xdenye.... cik nan trskn ngn pndgn cik nan xprcye cinta alm mya.. ahahhaaha.... nk wt cmne...da b'kenan... mmg bkn smua yg xelok..tp rsenye lbh byk brk dr bak... jom ari mnggu g cri jdoh realiti....hikhikhik
Post a Comment