CORETAN TERBARU NADH

Mata duitan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa kata duit itu penting?

Siapa kata duit adalah segalanya?

Siapa kata duit itu nikmat dunia?

Siapa kata duit melengkapi kehidupan kita?

Siapa kata kita tak boleh hidup tanpa duit?

Siapa kata dia mata duitan?

Aku mengaku boleh? Kadang aku selalu jeles dengan orang itu. Orang ini. Mereka berduit. Nak semua dapat. Duit belanja selalu ada orang support. Nak beli gajet boleh je. Nak beli makanan tak payah berkira. Nak belanja orang rajin je. Duit masyuk selalu.

Tapi aku jeles bila duit yang dia dapat bukan duit haram. Duit orang bagi. Ikhlas. Kalau duit orang tak ikhlas selalu akan ugut macam ni. You curang, pulangkan semua harta I yang dah I kasi. 

Tak adalah begitu. Tapi aku penat pujuk hati jangan dengki dengan orang. Dah rezeki dia. Jadi aku tanamkan azam. Nak cari pakwe kaya. Tapi apa yang nak tak dapat. Bukan setakat pakwe kaya. Pakwe pun tak ada. Jadi aku merajuk. Tak nak jadi mata duitan dah.

Biarlah guna duit sendiri bila nak sesuatu. Baru puas hati. Tak payah sibuk nak cari jantan yang kaya tolong support. Selama ni aku cukup je setakat nak belanja beg dua tiga jenis. Sandal nike cabuk. Selipar asadi tak licin punya. Jadi aku nak apa lagi?

Tak cukup-cukup nak puaskan nafsu? Penatlah ikut nafsu je ni. Tak payahlah. Membazir je. Merana diri adalah. Kang ada yang terjual body kerana nafsu sendiri. Fikirkanlah dosa yang makin memuncak. Tak payah sibuk bersenang di dunia. Sebab kat akhirat tak bawak pun duit yang bertimbun tu.

5 comments:

Unknown said...

mate keranjang lg mulia dr mate duitan.. x menyusahkan org pun.. hehehe..

Taufan Bin Ribut said...

tu lah pompuan pandang duit je...kesian dengan org yg tak berduit macam saye ni ^_^


Entri terkini : Sayang,bil air dah tertunggak ni.Bile nak bayar(18sx)
Entri sebelum :eh (amacam pendek tak tajuk entri aku)
Watch my video songs ^_^

AI said...

- kalau ade duit banyak lagi la best...mcm2 bole beli wooo...hihi

mas saari said...

bagi akak duit tu penting tapi bukanlah segalanya...kerana pada zaman skrg kalau takde duit kita akan susah!

Sunah Sakura said...

betul tu dear... duit tu tinggal je kat dunia ni.. sebab tu kalo tengah berduit, tak kisah langsung nak belanja untuk family..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers