ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Berbicara tentang cinta lagi dan lagi. Aku tergerak hati nak berkongsi apa yang sahabat aku luahkan semalam. Aku sedih. Tumpang sedih dengan ceritanya. Tapi sampai bila mahu bersedih. Ramai yang suka bercinta. Nak bercinta tapi sukar melupakan cinta.
Lagi-lagi yang memang tak ada jodoh. Yang meninggal dunia. Yang dipaksa kahwin dengan lelaki lain. Yang tak nak kahwin pun ada maknanya tak nak komitmen. Tapi bercinta nak. Tak faham aku. Tapi kalau benar dia bukan jodoh kita apa yang kita tangisi lagi?
Oh nanti ada yang kata kau cakap senanglah. Kau rasa ke apa aku rasa. Aku pun pernah kehilangan dan aku pernah bercinta. Aku tahu betapa sedihnya bila orang tersayang meninggalkan aku selama-lamanya. Cuma buat apa aku nak tunjuk. Menyeksa arwah lagi adalah.
Rindu. Siapa kata tak. Aku rindu sangat. Tapi aku tak nak menunjukkan rasa itu. Sebab nanti semua orang simpati dengan aku. Aku tak suka raih rasa itu. Biarlah yang pergi. Semoga rohnya tenang di sana. Cintakan dia tak bermakna dia milik aku selamanya. Cinta kita takkan mungkin bersatu.
Mesti ada yang ingat Arwah tu pakwe aku. Tak. Bukan pakwe tapi aku sayang dia sangat-sangat. Masa dia meninggal aku yang menangis beria-ria. Bukan family terdekat dia. Bila lama dia tinggalkan dunia. Allah kirimkan pengganti. Menceriakan hidup kami sekeluarga.
Terima kasih Allah. Walaupun hujan ribut petir, Allah tetap akan beri pelangi kepada kita selepasnya. Semuanya ada hikmah. Jadi kalau dia bukan jodoh kita. Lepaskan dia. Bebaskan dia terbang mengecap kebahagiaan sendiri. Aku akan turut bahagia kalau dia bahagia.
Korang pun. Terima hakikat yang dia bukan milik korang. Cinta universal. Bukan makna cinta kepada pakwe atau suami semata. Baik fikirkan cinta kepada pencinta=)
5 comments:
nape ye... hati rasa terubat dengan entri ni...
susah tuk lepaskan seseornag,tp kalau dia bukan hak kite, ttp bukan kite punya..
pelangi jugak...
miss ran T___T
waaa...sgt syahdu! tap suke sgt sebab dah rase..selepas berendm dgn ayaq mate, Dia hadiahkan sebuah istana bahagia gitu =)
Post a Comment