CORETAN TERBARU NADH

Bodoh ke apa ni?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Susah bila aku tengah marah. Tapi aku nak luahkan jugak rasa aku ni. Tak puas kalau pendam je kan. Aku nak tanya apa guna lampu tinggi kenderaan? Untuk memperlekehkan kaum wanita ke?

Geram sungguh aku dengan sikap segelintir pemandu lori khususnya. Dah tahu kenderaan anda berat silalah berada di lane kiri sekali. Tu pun nak kena ajar ke? Dapat lesen terbang ke apa? Nak tanggung dosa ke kalau aku mati katak tadi?

Geram lagi. Bila aku rasa kereta macam problem. Aku terus tak nak bawak laju. 80KMJ je. Jadi lane kiri sekalilah aku guna sepanjang Ayer keroh ke Kajang, Masalahnya lori mangkuk bengong. Nak kata bengap dah ada lesen bawak lori. Dia guna lampu tinggi bro.

Korang tahu tak. Dahlah follow rapat. Lampu tinggi. Mata aku ni dahlah memang silau serta rabun. Dekat gila. Pantulan cahaya menyilaukan sampai aku tak nampak kereta lain. Aku bawak lane kiri. Dia nak halau aku. Sebab dia nak bawak laju.

Bongok ke apa? Dah tahu lane last pergi ganggu aku pehal? Pergilah lalu lane kanan sekali. Geram aku. Aku pun tukar lane dan pecut tinggalkan dia. Masalahnya bukan satu je lori besar. 3 kot. Diorang nak laju-laju buat apa? Nak cepat masuk kubur ke?

Geram aku. Silau sangat. Kalau aku tak lari dari situ memang aku masuk longkang ke terbabas. Tak nampak jalan. Lampu tinggi bukan untuk silaukan orang. Ingat aku perempuan suka-suka nak buli aku? Sabar jelah. Aku benci pemandu pentingkan diri tapi bodoh macam tu.

ps:Penggunaan bahasa kasar menunjukkan tuan blog sedang marah. Sakit hati maksimum! Autopublish. Tuan rumah pengsan=(

4 comments:

aimie amalina said...

huuuu..lori ni budjet beso..mang sengaja menghangatkn lag suasana yg hangt..sabo la ye =)

siti kektus said...

tengah pengasan la ni ni? hehe

kite pon tak suka orang buat guna lampu tinggi, sakit mata. hukhuk

sergeant keroro said...

pemandu lori rasa diri dia besar sebab bawak lori yang besar tu.

tido la, semoga esok bangun dengan keadaan yang gembira

p/s : pengsan tu mimpikan budak sengal ye, hehe XD

AzwanRamli said...

wow!!!! garamnyerrr..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers