CORETAN TERBARU NADH

Usaha sendirilah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Susah sangat nak berusaha kan? Nak harapkan siapa nak tolong? Kadang suka sangat nak bergantung dengan orang lain. Aku hari ni sudah mula berdikari. Bawak diri kat sekolah bukan senang.

Ramai sangat senior yang agak terhormat kononnya. Jadi kenalah patuh dan tunduk kat diorang. Aku menjoinkan diri ke rumah merah. Automatik jadi ahli rumah. Main undi-undi je. Aku tengok diorang dengan puak diorang je. Kitorang tak diendahkan.

Jadi kami melarikan diri ke bebudak prasekolah yang sibuk beraerobik. Ajar 10 kali pun susah nak buat serentak. Budak kan? Biasalah. Yang penting aku menjoinkan diri dengan semua. Konon peramah padahal malu gila. Tebalkan je muka.


"Kak ada apa-apa saya kena tolong untuk rumah Merah?" Adik Iffah.


"Korang rumah merahkan. Erm ada. Tapi boleh ke?" Cikgu Senior.

"Eh boleh je. Nak buat apa? Kami tak ada kerja pun,"  Adik Iffah.

"Bolehlah. Ni buat topeng. Gunting. Tampal. Petang ni jangan lupa," Cikgu Senior.

"Apa dia kak?"  Adik Iffah.

"Ada buat persiapan untuk hias khemah. Datanglah pukul 3," Cikgu Senior.

"Okey, saya akan datang. Kawan saya tak sihat ni,"  Adik Iffah.

"Oh kenapa datang sekolah? Pergilah klinik," Cikgu Senior.

"Dia tak nak. Tak apalah. Nanti saya datang,"  Adik Iffah.

Tengok. Buat muka tak malu je dah dapat kawan cikgu lama. Dah tu rumah dia dekat je dengan kami. Uish siap ajak datang rumah lagi. Jadi kita ni jangan nak harapkan orang tegur dulu. Kita jangan menyombong. Biar mengalah sekarang. Asalkan orang senang dengan kehadiran kita. Kata menumpang.=P

Jadi usaha memang tangga kejayaan. Jangan harapkan orang je. Usahalah sendiri okey?

4 comments:

Sunah Sakura said...

yezzaaa...betul tu u... i sukung!

sergeant keroro said...

ok, ai akan usaha cari alamat rumah u. keh2

*tiba-tiba*

sifu im said...

alah..ape salahnya klu menyombong..haha..sombong tu cool tau

JIJI YU said...

kekadang sombong tu ok jugak weyh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers