CORETAN TERBARU NADH

Berdebar apabila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku akan selalu berdebar. Sangat kerap. Tapi bergantung kepada situasi.

Situasi satu:
Polis buat roadblock!
"Apahal pulak? Road tax hidup tak? Seat belt pakai weh,"

Situasi dua:
Sesi perkenalan guru praktikum.
"Saya Iffah. Asal kajang. Major Prasekolah," Gugup weh.

Situasi tiga:
Sesat jalan.
"Mana jalan ni? Tak pernah tengok pun? Dahlah nak malam ni. Takutlah aku,"

Situasi empat:
Tengok cerita hantu.
"Apahal kau tutup mata dengan telinga ni? Membazir je datang tengok macam ni?" Bebel.
Serius aku benci tengok cerita hantu. Terperanjat gegirl!

Situasi lima:
Kring..kring telefon pemberi sewa berbunyi.
"Assalamualaikum, ya nak cari siapa?" Kontrol suara.
"Ni dari Syarikat TM. Terima kasih mengaktifkan semula blah blah blah..." Aku? Grrr buat cuak je ingat siapa call tadi.

Situasi enam:
Balik lewat. Debar sebab tahu akan kena marah.
"Kenapa lewat?"
"Jammed cikgu,"
"Kamu tahu peraturan......." 

Situasi tujuh:
Kereta orang dilanggar secara tak sengaja.
"Aku tak kira. Bayar sekarang. Apasal langgar kereta aku?" Lelaki bengis biasanya.

Situasi lapan:
Buat salah dengan kawan.
"Weh aku mintak maaf. Aku lupa nak bagitau aku pinjam laptop kau,"
"Tiada maaf bagimu!"

Situasi sembilan:
Memandu masa hujan.
"Kenapa lebat sangat ni? Mata dahlah rabun. Tak nampak kereta depan ni," Serius berdebar. Risau langgar orang.

Situasi sepuluh:
Masa observe.
"Alamak, kena lecturer datang tak beritahu. Takutlah pulak nak mengajar,"

Banyak lagi saat aku berdebar. Berdebar masa bertentang mata dengan lelaki pun ada. Haha berdebar masa nikah? Erk belum melalui saat itu. Dah jangan merepek lagi. Korang selalu ke berdebar? Ada nak tambah?

6 comments:

Cheq Sue said...

bila kena sergah, bila ada buat salah... dok berdangdut je la dup dap dup dap

Rawkzell said...

haha , gabra bila result exam kuwa :P

K said...

berdebar baca entri ni, hehe XD

aamalinaazman said...

heee..berdeba bile tetibe cawan peach..huhu.. yg tetibe,,x tawu ape akan jadi sok..huuu

Unknown said...

masa nikah jugak yg ko nak gitau kan..

daiaziz said...

apabila..nak jumpa bakal mak mtua....ohhh...;p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers