ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ajar PJ. Korang rasa senang? Tak mudah yang disangka. Dugaan betul pagi tadi. Aku mengajar dua kelas berbeza. Aktiviti berbeza. Ragam berbeza. Tapi minat sama. Diorang sibuk nak mintak main bola. Aku dah menggunakan taktik jahat. Haha kadang kena bertegas. Diorang ni susah sikit.
Lagi-lagi yang lelaki. Nak main bola. Sebab cikgu diorang lepas ajar main bola. Dah jadi rutin. Geram! Susah nak ubah tabiat yang dah memang terbiasa. Mujur lecturer tak dating observe hari ni. Kalau tak memang kacau otak aku.
Lain aku rancang lain jadi. Siap bebudak tu dah tak tahu nak main apa. Siap awal sangat. Terpaksa aku tambah aktiviti tambahan. Tak rancang pun. Kadang apa yang kita rancang walaupun rasa dah sempurna. Tapi sebenarnya tak. Perancang sempurna dan terbaik ialah Allah SWT.
Aku tertarik rambut budak. Geram. Yang lelaki sibuk main bola. Yang perempuan nangis. Aku Tanya tak jawab. Aku pun halau dia suruh duduk luar. Senang cerita. Jangan sebab seorang yang lain terbiar. Kita kena cepat bertindak.
Aku ingat budak darjah 4 kelas last degil tapi rupanya kelas darjah 3 tengah-tengah lagi mengada. Tak padan dengan kecik. Adoi. Takkan tiap kali PJ nak bagi main bola. Agak-agaklah. RPT, RPH lain. Yang diajar lain. Kalau cikgu biasa bolehlah ikut suka hati. Aku serba salah!
6 comments:
dgn bola macam2 ko leh wat ektibiti weyh
dah lama tinggak=l zaman skolah rendah.. dlu cikgu suka ajar main bola tampar and bola baling.. hehehe...
tapi bdak2 skang ni makin degil gak.. heheh..
sabar ya..(^^~
heheh~ pengalaman menambh tumbesaran...chayok3 !
standard r tu..
laen kita rancang..
laen yang jadik..
RPH. hahha.. teringat masa prakitikal dulu...
sggup x tdo malam buat RPH,,haha
adohhh...garangnya cikgu iffah...ahahaha~
typo: Mujur lecturer tak dating observe
hahhahhaa, sabar
hahhha, lawak je la akak nie
meh ajar kite lak main
kite nak main nyanyi-nyanyi
Post a Comment