ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku orang yang paling baik sangka hari ni. Hari ni penuh dengan aktiviti. Sampai pukul 7 sukan tahunan tadi. Pengsan. Penat sangat. Nak mengadu kat siapa ye? Ada sesiapa nak tolong dengar keluhan hati aku. Penat sangat=(
Aku dah mencuba tips yang aku bagi tadi. Alhamdulillah berjaya. Makin ramai cikgu rapat dengan kami. Siap paksa makan dulu sebelum balik. Memanglah tak elok balik sebelum guru besar balik. Tapi nak mengejar sebelum malam memang kena balik dengan cepat.
Ada seorang cikgu tu. Belum kahwin. Tapi member aku kata dia macam tak nak layan kitorang. Tergugat kot. Kitorang lagi muda kan? Haha tapi sebab aku berusaha meramahkan diri yang penyegan. Banyak jugak aku berborak dengan dia.
Rumah merah sama-sama kan. Jadi gurau-gurau amalan yang baik dalama proses merapatkan diri. Bukan susah mana. Rapat seorang demi seorang. Kira okeylah tu. Tadi rumah merah juara. 1000++ mata. Yang lain jauh ketinggalan.
Tapi yang frustnya, perbarisan beriya buat dapat no 2. Tipis 1 mata. Hiasan rumah pun sama. Tipis 1 mata. Dapat no 2 jugak. Sabar jelah. Yang penting aku penat. Puas sebab macam-macam aku buat untuk berbakti kat sekolah ni=)
5 comments:
takpe :) jgn frust. usaha lagi :)
ok lah tu dear~ heheheh...no 2 pun best apeee...
yeay! juara keseluruhan :)
p/s : meh ngadu kat sini, haha XD
hari sukan.ohh yeahh,,^^,
waa..sesungguhnye cegu penuh berkhidmat nih ~ hee..kene mkn kacip patimah bg kuat neh !
Post a Comment