CORETAN TERBARU NADH

Tekadkan semangat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dah buat keputusan. Tak mahu lagi hidup dengan perasaan semata. Jiran pun ada cerita pasal mencinta mudah dari bercinta. Aku bukan nak buat entry jiwang. Kang Jiji muntah pink. Haha
Aku cuma nak kata. Kita ni asalkan semangat kuat pasti boleh berjaya. Jangan ikutkan rasa yang lemah. Yang rasa kita tak kuat menempuhi dugaan. Ingat! Kita semua pasti bisa menghadapi apa jua dugaan. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita kalau kita berusaha ke arah itu.

Cuma hati ni kita kena pandai manipulasi jugak. Jangan hati sedih kita pun layankan kesedihan tu dengan dengar lagu sedih. Memikirkan hal-hal sedih. Benda tu takkan jadi apa. Bertahun kau nangis pun tak ada apa yang berubah, Jadi dari membazir air mata. Eloklah bina keyakinan!
Macam mana? Lupakan hal mengganggu jiwa. Lupakan kesedihan. Jangan turutkan hati nanti mati. Ingat pesan orang dedulu. Aku tahu korang akan kata "Kau senanglah cakap bukan kau yang rasa. Tapi kalau aku rasa lebih teruk dari kau rasa macam mana?

Jadi jangan ingat kau seorang ada masalah. Lagi-lagi masalah jiwa. Jiwa wanita dan lelaki lain. Tolong jangan samakan. Sebab tu orang pilih pengkid buat pakwe. Luaran lelaki tapi dalaman? Hanya perempuan memahami perempuan. Itupun tak seratus peratuslah.

Korang fikirkanlah bebaik. Jangan ada yang nak bercinta dengan pengkid pulak. Allah laknat tu. Dahla, masa untuk masuk tidur.

4 comments:

Unknown said...

pengkit lawa2.. tp knape diorng jg pengkit?
hmm'

dah baca komik atwr #4?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

Hafizin Jamil said...

pengkid pom kiut jgak la..

Cik Pulau said...

baekk..
ai akan kuatkan semangat..
tetibe..
haha

Sunah Sakura said...

taknak pengkid...nak lelaki sebagai suami, nak wanita sebagai sahabat..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers