CORETAN TERBARU NADH

Hati ini milik siapa III

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amaran ni entry bersambung. Sila baca part sebelumnya di widget sebelah=)
"Ri, pehal kau suruh aku menipu minah ni tadi?" Azlan menghadap saudaranya. Adiknya, Azri.

"Ala bro. Rilekslah. Aku penat main tarik tali dengan dia. Biar dia pulak berusaha sendiri. Kalau betul dia sayangkan aku. Dia akan cari aku balik," Ujar Azri Shah yakin. Abang Azlan merupakan satu-satunya adik beradiknya. Beza cuma 2 tahun membuatkan mereka akrab bagai aur dengan tebing.

"Tak adalah. Cuma aku risau. Kang lain kau rancang. Lain yang jadi," Azri tersentap.

"Apa ni bro? Macam mendoakan je?" Azlan terkekek ketawa.

"Tahu pun cuak. Tulah ego konon. Aku bukan apa. Kang dak Ada kau cari ke rumah mak macam mana?"

"Biar je. Dia tu segan sangat dengan mak. Ingat mak kita tu polis pencen ke?" Azri dan Azlan serentak ketawa.

xxxxx

"Kau takkan nak memerap je? Buat sesuatu. Bak kata nenek aku dulu kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya?" Suara Aliya mula membingitkan telinga Wada Nabila. Dia masih terbaring sendiri di katil. Moodnya sudah lama menghilang.

"Liya, please. Aku tak ada mood lagi. So leave me alone," Lemah suaranya.

"Come on babe! Aku tak nak kau macam ikan nak mati kat sini. Yang kau terbaring lesu buat apa? Mamat tu  tak nak kau lagi macam mana? Bercinta bagai nak rak. Pasal mak dia pun nak kecoh," Bebelan Aliya sungguh menyakitkan telinganya.

"Kau tahu apa? Kau bukan pernah bercinta!" Aliya berpaling. Kata-kata itu benarkah keluar dari mulut kawan baiknya merangkap teman sebilik?

"Liya, sorry aku tak ada ni..." Aliya keluar terus. Sakit hatinya.

"I'm sorry!!!" Jeritannya memenuhi ruang kamar. Terlanjur kata tak boleh berpatah balik. Dia menangis teresak-esak. Bukan kehilangan seorang insan istimewa tapi dua orang.

ps: Ingat nak tamatkan tapi tak ada idea. Hope sambungan akan datang penghabisan cerita. Penat mengarang huhu. Orang tak rajin komen pun. Baca je=P

3 comments:

sergeant keroro said...

awal bangun, hehehe XD

p/s : ni haa ada pembaca setia, dan pengomen setia :P

aq_geng_dota said...

cantik blog best crte di atas i like the blog you

cik pulau said...

Takpe la iffah.
janji diorang suka cerita yu ni..
hehe..

alamak..teringgal yang part 2..lalala~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers