CORETAN TERBARU NADH

Lelaki tak boleh kawan perempuan II

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rentetan cerita pasal Lelaki memang tak boleh kawan dengan perempuan. Jiran aku pun dah ulas bagi pihak lelaki. Antara komen yang aku terima memang betul. Ada yang nak tampar. Ada kata perempuan dengan lelaki berbeza.

Ada kata perempuan jangan terlalu mengharap. Ada pulak normal je lelaki layan perempuan. Ada yang kata bergantung pada orang. Aku setuju semua tu. Yang aku nak sampaikan di sini, cara layanan. Layan perempuan memang sama je.
Tapi bagaimana penerimaan kaum hawa pulak? Korang yang lelaki kena tahu kami berbeza, Jiwa lebih sensitif. Korang mungkin akan kata normallah kalau lelaki gurau-gurau panggil sayang ke apa. But bagi perempuan tu dah jadi luarbiasa.

Bak kata jiran gurau biar berpada. Jangan sebab korang punya gurauan yang agak sensitif boleh menukarkan rasa sayang seorang kawan atau lebih dari kawan. Serius, siapa kata lelaki perempuan tak boleh kawan. Tengok aku dengan jiran. 

Aku anggap dia jiran terbaik dan kawan yang memahami. Tak bermakna dia pakwe ke apa. Aku pun tak rasa tak selesa dengan dia. Kenapa? Kenapa ye Nadh? Sebab cara layanan tu. Cara aku tafsirkan layanan tu. Tak bermakna jiran tu ada skandal. Haha

Jadi kalau korang ada kawan perempuan. Hati-hati kang dia suka kau. Kau tak suka dia. Lepas kena reject terus persahabatan tak macam dulu. Korang nak ke? Tak sayang hubungan persahabatan tu? Tapi kalau korang kawan dan anggap dia lebih dari kawan. Terus terang je. Jangan nak main tarik tali. 

Kalau dia reject kau cakap jelah aku main-main je tadi. Konon cover. Dah orang tak nak. Ni tak memasing pendam. Kang dua-dua bujang terlajak dengan andartu=P

Ps:Esok aku mengajar PJ. Korang doakan okey. Aku akan busy. Tak tahulah ada masa update lagi tak. Sayonara=P

13 comments:

Cik Pulau said...

jangan main tarik tali..
full stop...^^,

Sunah Sakura said...

i dengan jiji kamceng ape... ahahahah~ dengan pakcik mat pun... :p

yang penting letak dulu sempadan bila kita tahu wanita dan lelaki tu tak sama... :)

Anonymous said...

yes jgn suke2 nak main kan perasaan kaum hawa okeh!!! mentang2 kite ni dianugerahkan hati yg pelembut softland dan sesedap perisa jerk korg nk mengotorkan nye yek!!!!

fRaMe+LenSeS said...

mungkin sebab serasi kot jiran. ;) hee.. maceh jadi kawan Nadh. weee~

Niena Muhammad said...

betul.. kekadang lelaki suka bergurau cmtu, klau pmpuan tu tngkap feeling ngan dia cmne.isk

Diana @ BKKC said...

miss...berkawan ade had..hehe (topik sy arini..)..memang,kalua dah closed sgt tuh..kekadang gurauan pon melebih2...bab2 kate2..kalah bf segala..huhu...honestly..certain pompuan cepat salah sngka...nt dia igt kwn dia tu bg harapan..padahal duk gurau2 jek...

Anonymous said...

yep. prempuan snstif lebih sket. n llaki jgnla overreact plak. kaum hawa mungkin slh faham

Rawkzell said...

esok tak bawak baju PJ :P

aamalinaazman said...

betol! jangan nak simpan2 kalo dh suke...heee =)

Hafizin Jamil said...

aku pom telah direject oleh kaum hawa ni..tp still sahabat..haha

AI said...

- ajar PJ ye...teringat masa skola dulu, member punye sluar sudah koyak masa tgh PJ tuh...punye le x tahan gelakkan dia...

Anonymous said...

tp bagi aku, memendam perasaan itu adalah lebih indah berbanding meluahkannya,,

missina said...

betul tu,,masalh nya bnyk yg men tarik tali,,nmpk ambik berat tp sbnrnya biasa2 jer,,ke perempuan ni jenis cpt perasan,,,huhuhu,,complicated kn,,

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers