CORETAN TERBARU NADH

Lelaki tak boleh kawan perempuan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Boleh aku bercerita? Tetiba rasa nak bercerita tentang cinta. Aneh kan cinta ni. Kita tak duga pun. Benarlah kata orang cinta tak kenal usia. Oh bukan aku yang jatuh cinta.

Aku single dan aku happy jadi single. Aku cuma terfikirkan kawan aku. Dia nampak seperti menaruh harapan. Lelaki itu. Terlalu baik melayannya. Mungkin dia yang perasan. Perasan layanan itu istimewa khas untuk dia je.

Aku diam. Berfikir sejenak. Benarkah lelaki perempuan tak boleh jadi kawan? Kalau kita kawan nanti kita jatuh suka. Bila kita suka kita akan cinta. Bila kita luahkan kita malu akhirnya. Sebab dia tak suka kita.

Layanan istimewa bukan kita yang dapat. Tapi semua orang dilayan sebegitu rupa. Wajarkah layanan itu melebihi batas kawan? Kalau suka kenapa tak terus terang je? Kenapa perlu diusik hati wanita yang lemah dindingnya.

Aku pelik. Lelaki begitu suka mainkan perasaan tanpa sedar. Ya mereka tetap anggap dia kawan padal si wanita sudah menganggap lain. Kesian kan? Kau sakit tak bila orang kata macam ni.

"Kau syok sendiri. Aku rasa biasa je cara dia layan kau," 

Okey, aku sakit kalau aku jadi perempuan tu. Aku harap perempuan tu tak beremosi. Ada yang kata jangan layan gurauan berbisa lelaki yang bisa mencairkan hati wanita. Ada pula kata layankan je. Bukan luak. Ada yang kata lelaki itu memang nak kena penampar.

Jadi siapa salah? Lelaki yang beri harapan palsu atau wanita yang syok sendiri dengan perasaan yang dicipta? Korang rasa?

ps: Ehem, ai tulis entry untuk yu. Lama tak ym bergosip pasal ni kan?=P

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

tak berani nak cakap. tapi ada perasaan tu logik jugak. :)
cumanya Nadh pn ada kawan ppn yang rapat.. tade perasaan antara kami pn. .;) leh ja.. atas hati kot..

aimie amalina said...

huuu! betol! sekali lag pnh alami situasi ni tap lekas2 segokan diri..huk3...mungkin bole mungkin tak..perlu ade BORDER yang kuat gile ah..=p

sergeant keroro said...

it depends.

p/s : ai malu la nak bergosip dengan yu sekalang, ym brokedown :P

Babad said...

hehe..best2..but the problem is,kenapa tak boleh, plus its normal kalau kite layan kawan dgn baik kan?

Sunah Sakura said...

lelaki memang layan perempuan sume sama je sebenarnya...perempuan pulak jenis yang akan mudah menaruh harapan bila lelaki terlalu mengambil berat... lelaki dan wanita kan berbeza... :)

jadi lelaki, hati2lah ye...

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

nsihat pd perempuan diluar sana tuh, jgn lah terlalu mengharap.. kawan cam biasa sudeh ..:)

cik pulau said...

ai nak bagi penampar...
haha..


err..yu tulis pasal sape ni??
hahahahaha..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers