ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak terkata bila membaca status abang ipar aku. Tetiba nak up entry je. Dia kata dia menyesal kerana jadi doctor. Hurm kakak aku tak cakap pulak dia menyesal jadi doc jugak. Lama diorang belajar tu. 5 tahun kat UPM. Setahun kat Matrik.
Dah lama bergelumang dengan medic. Bila kerja setahun tak tahan. Tak nak kerjaya macam ni. Bukan dia tak suka jadi doktor. Tapi dia menyampah bila orang sekeliling dia yang terlalu hipokrit, pentingkan diri. Aku tak salahkan dia. Dia yang belajar, dia yang kerja. Dia yang rasa.
Aku nak nasihatkan sikit. Fikir dalam-dalam bila korang buat keputusan. Lagi-lagi yang melibatkan kerjaya, perkahwinan. Korang dah kerja penat lelah lepas tu menyesal. Nak cari kerja lain? Macam tu? Senang sangat ke nak belajar benda lain? Kalau kahwin pun. Anak dah dua baru nak kata "Aku menyesal kahwin dengan kau," Takkan nak cakap macam tu?
Masa mana boleh main reverse-reverse. Kalau kereta pun, kau dah bawak kereta sampai Penang lepas tu kau kata tak nak melawat Penang. Kau nak melawat Singapura. Sanggup ke kau berpatah balik ke selatan bila kau dah ada kat utara?
Jadi sebelum apa-apa perkara yang boleh disesalkan kemudian, baik korang fikir masak-masak. Ini hal serius. Anak nak lahir. Ayah tengah fikir nak tukar kerjaya. Dah tu siapa nak fikir pasal anak? Sibuk sangat pasal orang sekeliling buat apa? Dia ada bahagian dia kelak. Kita ni jangan terlalu mengikut emosi. Kalaupun dia jahat biarkan. Kita buat kerja kita.
Aku pun tak minat sangat jadi cikgu. Tapi aku tahu aku tak boleh patah balik. Dah sign perjanjian. Aku kena kerja 5 tahun dengan kerajaan sebagai guru. Then baru aku nak buat apapun akan datang. Tapi aku harap aku berjaya jadi cikgu. Aku pun tak larat nak sambung belajar buat masa ni. Korang pernah menyesal?
8 comments:
manusia sentiasa tak pernah puas apa yang ada di tangan dan sering menyesalinya...hmmm
namun kita kena ingat satu perkara...
tidak semua yang baik di mata kita baik di sisi ALLAH,
dan tidak semua yang buruk di mata kita buruk juga di sisi ALLAH,
dia tahu mana yang terbaik buat hambanya,
Anggap semua sebagai satu ujian dan mohonlah kepadanya agar dipermudahkan segala urusan....
Jom Jalan Bah Kita
beribu sesalan...
menyesal menyesal.
p/s : menyesal tak jumpa alamat rumah, hahaha XD
Iffah..lana tak suh betulkan pun T___T pandangan lana je tu..adeh, bersalah plak rasa,muahahaha. ha, ok, lebih baik dari sebelum ni iffah.
Oh ya, yang bhgn bawah pun iffah da susun balik kan? ha, cantik2. Mekar mewangi ke saya geng blog pink. Nampak macam tangga kan? ha..ok iffah, mantap! hahahaha
aku tak sangka jugak aku jadi ostad..tapi bile dah menyelam ke dalam lautan bidang ni..biorpon lemas..aku yakin ade pembantu yang mampu menolong aku..
huuu~ sangat2 la menikam sanubari ini~ betol! pk sgt2 sebelom buat =)
ada gak menyesal..
baru ingat nak wat entri.
tp nt lah. hehe
salam..sudah berapa lama saudari menjadi guru?
guru penuh dgn cabaran dan tggjwb..kdg2 sy sndiri trfikir nk resign jd guru..letih sgt2..
emm :(
~guru yg di paksa
Post a Comment