CORETAN TERBARU NADH

Kenangan malam minggu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan...
Berdua jalan kaki saat turun hujan...
Teka lagu lagi. Macam biasa siapa dapat teka blog akan direview. Kira promotlah ni. Ingat paling cepat teka je dapat promosi blog.

Okey berbalik pada tajuk. Haha gedik nak letak tajuk macam tu. Sebenarnya ni rentetan ceritera lukisan potret. Sebenarnya semua tu tinggal kenangan. Malas sebenarnya nak bercerita pasal benda dah lepas. Orang tua-tua kan dah pesan. Benda yang lepas usah dikenang.

Macam lagu Apo kono eh jang. Jadinya, dengarlah nasihat orang dulu. Diorang walaupun tak sekolah tinggi. Tapi penuh dengan nasihat. Kan bagus kita kaji semula nasihat diorang tu. Kreatif sangat kan? Korang tak payah agungkan orang putih punya falsafah. Orang kita pun pandai berkias okey.

Hah masuk balik kepada tajuk. Kenangan lalu buat apa nak kenang balik. Sebab tu bila Keroro senget tu suruh tayang potret lukisan tu aku malas nak tayang. Malaslah. Kang si dia membaca. Kang dah malu. Lagipun itu semua sejarah. Simpan untuk tatapan sendiri sudah.

Oh ya, kat lukisan tu ada tulisan. Kalau aku scan masuk blog nampak pulak ayat yang ditujukan khas. Kawan aku bila baca nak termuntah. Jadi aku tak nak bagi korang muntah darah pulak. Kenangan harus dijadikan kenangan. Buat apa dikenang yang telah menjadi sejarah. Lainlah dia jadi suami aku kelak. Tu baru aku abadikan potret kat blog ni.

Sekian=P

9 comments:

Unknown said...

orang kita lagi le kretif gaban..hahaha..

Sunah Sakura said...

lagu tu kenangan malam minggu la kan tajuk dia? errr...

ishiko said...

hehe.. simpan simpan

K said...

hehe, yela. meh nak buat potret miss ran jugak :P

p/s : sape senget ? XD

Fasihah Supian said...

ni bukan lagu memori daun pisang ke? penyanyi sape tah...xtahu..

Kamal Halim said...

elok juga kenangan lama dikenang balik,sekurang2nya boleh jd pengajaran dan panduan menuju hr depan..
my latest entry:
Tutorial Seks|Gaya 69 Paling Nikmat

aamalinaazman said...

erk...lagu iwan tu ke..takkan la..memori daun pisang?hahhaha~

Cik Pulau said...

lagu memori daun pisang..
iwan dan amalina..

nape taknak kasi kitorang muntah??
hahaha

Halimatun Sa'adiah said...

lgu faveret sy karoke tu..memori daun pisang..iwan ngn mas idayu..
hehehee

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers