CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Seumpama mimpi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dina mendengus geram. Kecewa sungguh dengan sikap rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri. Dikutipnya barang-barang berteraburan. Begnya dilanggar oleh seorang lelaki. Entah bangsa apa.

"Kau ni. Cepat sikit kemas. Train nak sampai dah," Bebel Aina. Aina sememangnya ingin membantu. Tapi tangannya juga penuh dengan barang. Mereka ke Plaza Lowyatt kononnya membeli netbook. Namun lain pula dibeli. Mujur saja barang-barangnya tak rosak.

"Kau ni. Bisinglah. Salah mamat tadilah. Tak nampak ke aku berdiri kat sini. Main langgar je," Dia pula bengang. Aina seakan tak memahaminya.

"Aku tak perasan pulak mamat mana. Kalau tak lama aku campak dia kat bawah ni," Aina menunjukkan landasan LRT. Gerun pula dia.

"Dah jom. Kita beratur. Kang susah nak rebut tempat duduk," Dina mematikan rasa gerunnya. Tanpa mereka sedari seseorang sedang asyik merenung ke arah mereka. Yang pasti lelaki.

xxxxx

"Along, ibu suruh balik minggu ni," Nina menelefon dan berkata sebegitu. Termangu Dina Alya. Tak pernah-pernah adiknya call. Selalu missed call je. Jimat katanya.

"Awatnya? Ibu tak tahu ke Along nak kemas barang pindah rumah sewa, Busylah," Dina mengeluh.

"Lah, ibu pesan tadi. Ayah pun nak balik minggu ni. Ayahkan camping je kerjanya. Nilah masa nak berkumpul," Seperti orang dewasa lagaknya.

"Yalah yalah nanti along usahakan. Dah pergi bagitau ibu. Masak sedap-sedap. Yang favorite along okey?" Sengih.

"Habis, orang nak jugak. Mana aci. Tak nak pesan kat Ibulah. Bye," Klik. Senyap. Dina tertawa dengan keletah adiknya. Dia hanya mempunyai satu adik dan satu abang. Tapi abangnya jauh di negara India menuntut ilmu perubatan. 

Senyumannya mati melihat seseorang yang duduk bertentangannya di cafe universiti. Di renungnya lama. Namun, lelaki itu pantas bangun dan berpura seperti tidak kenal.

"Awak," Dina Alya sudah mengemas buku-bukunya di meja. Dia pantas mengejar. Dia seakan kenal lelaki itu.

"Hei, awak yang bercermin mata tu. Tunggu sayalah," Jerit dari kejauhan. Dina penat. Namun digagahkan dirinya juga.

"Argh sakit!" Dia berlanggar. Kali ini memang salahnya. Salah tak pandang orang lalu lalang.

"Alya, awak apa mahu buat? Ini lari-lari dalam kampus. Mari saya tolong awaklah," Tan Ming Ming membantu Dina Alya berdiri. Dina sudah tersipu malu. Lepas meminta maaf dan mengucapkan terima kasih Dina berlalu. Lelaki itu hilang dari pandangan.

xxxxx

"Dina Alya lagi," Azrai mengambil tempat di sebelah Izzat Haiqal. Senyum.

"Ala kau ni. Sibuk je. Biarlah aku nak skodeng dia," Izzat sengih.

"Kau ni angau tahu tak. Sejak kau masuk sini untuk sambung master aku dah pelik. Patut beria mintak sini. Suruh aku cari tempatlah apalah. Rupanya ni kerja kau," Azrai tergelak-gelak.

"Rileks bro. Aku lama tak jumpa minah ni. Sejak family aku pindah Brunei dulu. Mana nampak dia dah. Lagipun dia muda dua tahu. Kira okey apa aku terjumpa dengan dia kat sini," Azrai menaikkan kening.

"Jumpa? Aku rasa kau yang rancang semua ni. Mana ada kebetulan begini," Azrai memandang ke arah perempuan yang diperkatakan. Cantik. Sopan je nampak.

"Ala kau ni bro. Rilekslah. Aku study sini memang nak cari dia balik. Tapi aku study okey. Bukan buat bukan-bukan," Serius.

"Dahlah. Aku ada kelas nak kena attend. Kau jangan cuba nak ayat minah tu pulak. Jangan kacau line aku," Keduanya tergelak.

xxxxx

"Ibu, ayah," Dina Alya bersalaman. Seperti kebiasaan. Sampai rumah je dia pasti bersalam. Adiknya berjalan ke arah Dina. Tersengih.

"Ni nak apa? Akak tak ada duit," Sudah memahami.

"Mana ada kak. Saja nak senyum. Tak boleh?" Nina Alisha sengih lagi.

"Ibu masak apa? Lapar dah orang," Ibu menepuk belakang. Kuat.

"Adoi, kenapa?"

"Dah balik ingat makan je. Adoi anak siapalah ni?" Puan Kamsiah menggeleng dan ke dapur.

"Anak Puan Kamsiahlah," Serentak Nina dan Dina. Ayah hanya ketawa.

xxxxx

"Jat, kau serius ke?" Izzuddin bertanya adiknya.

"Seriuslah bro. Aku dah tua. Bila nak timang cahaya mata kalau tak sekarang," Izzudin ketawa.

"Aku pun kahwin belum fikir anak. Kau tunang pun belum tau," Ketawa.

"Aku kenal budak tu?" Izzat Haiqal tersenyum. Angguk.

"Jangan kata dia tu..." Senyum. Izzuddin sudah dapat mengagak. Adiknya begitu setia. Sejak dari sekolah menengah hanya seorang yang bertahkta.

"Tapi macam mana nak pinang. Entah-entah dia dah ada calon," Izzat menikus.

"Entahlah bro. Tak fikir lagi," Simple jawapannya.

"Nak bro tolong tanyakan mak ayah?" Izzat bersinar.

"Sayang bro lebih. Kalau kau ada nak pengeras pun aku kasi weh," Izzuddin ketawa kuat. 'Pengeras? Ingat bomoh ke apa?' Getus hatinya.

"Set. Aku akan tolong. Risau aku tengok kau angau semacam," Izzat Haiqal diulit bahagia.

xxxxx

"Ibu nak keputusan Dina. Ni soal hidup Dina. Ibu pun serba salah nak cakap masa suruh Ina balik," Ibunya senyap.

"Akak, terima jelah. Akak pun bukan muda lagi. Lagipun Nina tengok family abang ipar macam okey je tadi," Pinangan itu membuat dia terpana. Siapa yang meminang? Adakah dia mengenalinya?

"Nantilah, Ina fikirkan. Ibu jangan risau. Ayah pun. Ina naik dulu," Dina Alya terus mendaki tangga.

xxxxx

Keadaan tegang.

"Kenapa mama suka buat keputusan terburu-buru?" Azrai mengeluh.

"Mama nak terbaik untuk anak mama. Lagipun tu anak kawan mama. Mama tahu Azrai sekampus dengan dia. Takkan Arai tak kenal dia?" Suara Datin Rosmizah bertalu-talu menampar gegendang telinganya.

"Arai takut dia hak orang. Mama tahukan. Luka lama masih ada," Azrai duduk kesal. Papa senyap je.

"Arai, mama yakin ini terbaik untuk melupakan kisah dulu. Lagipun budak tu baik. Mama tahu dialah tulang rusuk Arai yang hilang tu," Kata-kata mamanya menusuk ke jantung. Dia tertanya-tanya. Siapakah gadis istimewa yang dikabarkan itu.

xxxxx

"Sorry beb. Dia tunangan orang. Kau lambat. Aku dah tanya kat adik dia Nina. Baru je keluarga kaya kat area KL ni melamar," Suara Izzuddin umpama sumpahan ketika ini.

Berita ini seperti beban dibahunya. Izzat kecewa. Gadis pujaannya milik orang. Dia pun tak sangka gadis itu milik orang rupanya. Tak akan sesekali dia ganggu hak orang.

"Tak apalah. Bukan jodoh aku agaknya," Dia tertunduk kesal. Lambat bertindak.

"Kau jangan salahkan diri. Mungkin memang kau bukan untuknya," Izzuddin cuba memujuk.

"Kau tahu siapa tunang dia?" Izzuddin menggeleng.

xxxxx

"Aku terima nikahnya Wardina Alya dengan mas kahwinnya RM 80 tunai," Lafaz itu menjadikan Dina dan Azrai bersatu dalam ikatan pernikahan. Masing-masing redha.

"Pengantin lelaki, ada kawan nak jumpa," Kata-kata itu buat Azrai terkejut. Dia masih belum bersalaman dengan isterinya. Baru semalam dia tahu rupanya perempuan kegilaan kawan baiknya adalah tunangnya. Namun apakan dayanya. Sudah hatinya tetap mahu memperisterikan Dina.

"Kejap," Azrai bergerak ke arah Dina. Tangan dihulur. Dikucup lembut. Dina kelihatan kekok. Dengan penuh debaran bibir Azrai mengenai dahi wanita yang bergelar isterinya. Cahaya kamera begitu silau di mata mereka. Lama mereka berkeadaan begitu. Terlalu teruja orang yang merakamkan saat syahdu itu.

"Dina, jom keluar. Ada yang nak jumpa," Dina terkejut. Bisikan Azrai penuh kemusykilan. Dia langsung tak tahu Azrai sekampus dengannya. Namun, hatinya sudah tekad menerima lelaki itu. Sudah tetap hatinya kerana  yakin lelaki itu jodohnya.

xxxxx

"Azrai, tahniah aku ucapkan," Izzat selekeh. Jambang tumbuh meliar. Tshirt kusam dan jeans koyak sedikit di lutut seakan si peminta sedekah.

"Jat, aku minta maaf dengan kau. Aku tak terniat..." Izzat hanya memeluk rakan baiknya.

"Senyap. Kau kan bahagia sekarang. Takkan nak mintak maaf pulak. Saja buat aku sedih kan," Izzat berbisik. Ketawa hanya dibuat-buat. Remuk redam hatinya membaca kad kahwin rakannya itu. Baru semalam dia dapat kad itu.

"Jat, ini isteri aku," Azrai menarik tangan isterinya di sebalik langsir masjid. Dina menjadi segan. Dia seakan kenal.

"Aku tahu Dina dah jadi bini kau. Jagalah dia baik-baik. Aku nak gerak dah ni. Abang aku tunggu kat kereta," Izzat mula tak selesa. Isteri kawannya buah hati dia. Lama dia menanti akhirnya begini takdirnya.

"Okey jat. Kirim salam abang kau. Aku doakan kau pun jumpa jodoh jugak," Izzat mula berpaling selepas bersalaman.

"Ijat, kau tak nak ucapkan tahniah kat aku jugak ke?" Dina bersuara. Izzat paling semula.

"Ina, kau ingat aku?"

"Mana boleh lupa. Kita kan classmate dulu," Dina senyum mesra. Azrai cemburu. Digenggam erat tangan isterinya.

"Kau pun dah kahwin. Aku mestilah ucapkan tahniah kat kau. Kau kan kawan lama aku," Perkataan kawan ditekankan. Azrai panas. Dia tak suka situasi begini.

"Kau pun jat. Kahwin cepat. Semoga cepat kahwin. Dapat anak comel macam aku," Dina ketawa.

"Apasal macam kau pulak? Macam akulah," Izzat ketawa senang. Azrai pura-pura ketawa juga.

"Okeylah. Aku gerak dulu. Bye korang. Semoga bahagia. Anak buah untuk aku jangan lupa," Kenyitan mata meninggalkan pasangan itu berduaan.

xxxxx

"Abah, macam tu je ke cerita cinta abah?" Aidil tak puas hati.

"Aahlah. Kawan abah dan bekas buah hati abah dah kahwin kan. Apa lagi?" Izzat pelik.

"Bila jumpa ibu? Ibu Aidil. Tak nak cerita pasal mama orang lain," Izzat sentap. Sedih mengenangkan arwah isterinya. Dia bukan tak mahu cerita. Kehilangan Qistina semasa melahirkan Aidil begitu menyentuh rasa hatinya. Kisah cintanya selalu tak kesampaian. Namun dia masih bersyukur tetap ada anugerah tak ternilai iaitu Aidil Azam.

"Lain kali abah cerita pasal ibu pulak. Jom tidur sayang. Abah mengantuk," Keduanya tidur bersama. Kisah itu tamat apabila hayatnya tak lagi dikandung badan. Sesungguhnya takdir penentu segala. Semua yang disayangi telah pergi. Hanya si kecil peneman suka dan duka.

Sekian=P
Tamat dah. Ni cerpen je. Tak ada sambungan. Harap maklum. Ini adaptasi mimpi aku kahwin tu. Tapi aku olah jadi lain sikit. Haha biasalah nak best je=P

3 comments:

sergeant keroro said...

wahhhh. best!!!

ada sambungan la ni?? hehe :P

cik pulau said...

waahhh........
masih tercari-cari pemilik tulang rusuk ini...^^,

ijA said...

best...heheee

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers