CORETAN TERBARU NADH

Anak buahku dah besar rupanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Diam tak diam nak masuk 2 tahun umur dia. Er bulan 9 nanti. Lama lagi. But akan dapat adik bulan 10 dan sepupu bulan 9. Wah seronok kan? 

Bila masa aku? Tak terfikir lagi. Anak ni anugerah dalam pada masa yang sama anak adalah amanah. Aku belum cukup kelengkapan nak jaga amanah yang besar ni. Tak nak jadi ibu bapa yang tak bertanggungjawab kelak. Buang anak. Buat pandai.

Huh benci perangai macam tu. Binatang pun tak buat gitu. Okey lupakan. Nak tayang gambar anak buah comel. Bolehlah? Dia ustazah tau. Kang letak gambar seksi marah umi abi dia. Pssst diorang baca tak agaknya?

Orang lepas mandi kemban, dia siap bertudung.
Bagusnya kalau anak aku pun macam ni. Sopan je. Haha anak siapa? Kalau dah bertudung dari kecil, agak besar masih bertudung tak? Selalu budak sekolah agama merungut sebab TERPAKSA pakai tudung. Wajib kalau kat sekolah. Kat rumah pun. Mak marah. Tapi bila dah besar? Makin besar kepala wanita islam itu=(

Ayuh kita solat. Sejadah dah ada!
Eh ustazah Aisyah. Kaki tu. Aurat. Cepat tutup=P. Siapa kata solat kena guna telekung? Bukankah solat memerlukan kita menutup aurat? Jadi kalau berjalan, aurat tutup lengkap. Solat mana-mana pun tak apa=)

1 comment:

aliarosli said...

yep, solat tanpa telekung asal aurat tutup semua lengkap

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers